AGO: Dana awam telah digunakan sewajarnya
Pejabat Audit Negara dapati tiada kes penipuan atau rasuah, tapi ada beberapa kelemahan khususnya dalam kawalan IT, pengurusan kontrak dan geran
Jul 17, 2019 | 05:30 AM
PEJABAT Ketua Audit Negara (AGO) telah mengeluarkan laporan tahunannya semalam, yang menunjukkan dana awam telah digunakan sewajarnya pada tahun kewangan 2018/2019.
Laporan itu juga tidak mendapati kes penipuan atau rasuah dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan semalam.