Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN JURUAUDIT NEGARA BAGI 2020/2021

AGO dapati pembaziran di HPB, kesilapan bayaran dana yang ditadbir PSD

Bentang dapatan akaun pemerintah pada tahun kewangan 2020/2021
Jul 23, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM cabaran kesihatan nasional yang diperkenalkan Lembaga Menggalak Kesihatan (HPB) didapati telah membazirkan dana awam bernilai $5.39 juta kerana alat pengesan kesihatan yang tidak digunakan, kata Pejabat Juruaudit Negara (AGO).



Dalam audit tahunan bagi akaun pemerintah, AGO menarik perhatian tentang tuntutan salah yang dibayar kepada pegawai atau pesara tidak layak selama lebih dua tahun yang ditadbirkan oleh Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD), yang mungkin menyebabkan bayaran berlebihan sekitar $500,000.



AGO memberi perincian ini, antara lain dalam satu laporan yang dikeluarkan semalam, mengenai akaun pemerintah pada tahun kewangan 2020/2021.



Juruaudit Negara juga mengeluarkan pandangan audit yang tidak diubah mengenai penyata kewangan pemerintah, yang menandakan bahawa akaun-akaun pemerintah dapat dipercayai.



Tetapi beberapa kementerian pemerintah dan agensi telah ditarik perhatian oleh AGO kerana kelemahan dalam lima bidang utama.



Ini termasuk kelemahan dalam pengurusan operasi dan kawalan; kelemahan dalam pemerolehan dan pengurusan kontrak serta kawalan teknologi maklumat (IT).



Secara keseluruhan, audit itu meliputi penyata kewangan bagi kesemua 16 kementerian dan lapan badan negara, tiga badan berkanun, empat syarikat milik pemerintah dan dua akaun lain.



AGO juga menjalankan audit terpilih bagi lapan badan berkanun, yang penyata kewangan tidak diaudit oleh pejabat itu.



Bagi HPB, AGO menarik perhatian tentang kelemahan dalam Cabaran Langkah Nasional, bagi musim satu hingga lima, yang berakhir di antara satu dengan lima tahun sebelum audit itu dilakukan.



Pemeriksaan AGO menunjukkan bahawa terdapat lebihan 268,000 alat pengesan kesihatan yang berjumlah $4.26 juta.



Menyusuli penemuan ini, HPB melakukan kiraan stok sepenuhnya pada Januari tahun ini, dan mendapati ia sebenarnya mempunyai lebihan 341,000 alat pengesan, dengan nilai $5.39 juta.



Pejabat juruaudit itu menarik perhatian sementara stok alat itu sudah diketahui sepenuhnya, proses HPB tidak mencukupi untuk memastikan pergerakan alat pengesan kesihatan itu telah dipantau dengan sebaiknya.



Mengenai kelemahan dalam tuntutan yang ditadbir PSD, AGO berkata ia menemui tuntutan yang salah semasa ia mengaudit tuntutan perubatan dan pergigian dalam khidmat awam.



Pejabat juruaudit itu mendapati 9,500 tuntutan yang salah telah dibayar kepada pegawai dan pesara yang tidak layak bagi tempoh 1 Januari 2018 hingga 31 Mac 2020.



AGO berkata:



"Walaupun ini hanya 0.3 peratus daripada tiga juta tuntutan yang diproseskan semasa tempoh ini, jumlah bayaran berlebihan dianggarkan yang dibayar pemerintah adalah tidak kecil, sekitar $0.5 juta."



Satu bidang yang digariskan dalam laporan itu melibatkan ketidaktetapan dalam rekod yang disediakan untuk audit.



AGO menarik perhatian tentang kelemahan dalam hal ini di beberapa agensi.



Dalam auditnya ke atas Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), pejabat mendapat dokumen menyokong untuk tuntutan mengandungi tanda tangan yang mungkin adalah salinan antara satu sama lain, dengan penukaran dibuat pada tarikh dan tempoh perkhidmatan.



Di Kementerian Pendidikan (MOE) dan Ehwal Dalam Negeri (MHA), AGO berkata ia menemui beberapa contoh yang menunjukkan bahawa dokumen menyokong telah dicipta mahupun tarikh undur demi memuaskan pertanyaan diajukan.



Bagi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), ia mendapati sebut harga bagi beberapa barangan mungkin telah dicipta atau diubah untuk memberi tanggapan yang ia diperolehi daripada pembekal lain.




LIMA BIDANG KELEMAHAN



 • Kelemahan dalam pengurusan operasi dan kawalan



 • Kelemahan dalam pemerolehan dan pengurusan kontrak



 • Kelemahan dalam kawalan IT



 • Peningkatan diperlukan dalam pengurusan kontrak pengurusan kemudahan



 • Ketidaktetapan dalam rekod yang disediakan untuk audit




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >