Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Agong lawat S'pura mulai hari ini

Oct 25, 2022 | 05:30 AM



YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan lawatan negara ke Singapura mulai hari ini atas undangan Presiden Halimah Yacob.



Lawatan itu akan berlangsung hingga Khamis ini, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura semalam.



Al-Sultan Abdullah akan diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta anggota lain keluarga diraja dan pegawai kanan.



Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah akan menerima sambutan adat istiadat di Istana esok, dan bakal menemui Presiden Halimah.



Menurut MFA, Presiden Halimah akan menjadi hos jamuan negara sebagai penghormatan kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah.



Agong dan Raja Permaisuri itu juga akan menghadiri upacara penamaan hibrid orkid baru, Dendrobium Queen Azizah of Malaysia, yang dinamakan sempena nama mereka.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan isterinya, Cik Lee, akan menemui Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah dan menjamu mereka makan tengah hari.



Al-Sultan Abdullah pula dijadual melawat Kem Pasir Ris, dihos Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, serta Pusat Pengunjung NEWater, dihos Menteri Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Cik Grace Fu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >