YANG di-Pertuan Agong Malaysia ke-14, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, dijangka melawat Republik ini selama tiga hari mulai esok.
Lawatan rasmi baginda, yang juga Sultan Kedah, ke sini adalah yang pertama sejak dinobat Yang di-Pertuan Agong pada Disember 2011. Baginda, yang pernah menjadi Agong kelima (1970-1975), diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.