Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ahad bebas-kereta hujung minggu ini; jalan ditutup ke tengah hari

Feb 21, 2017 | 12:09 PM



PERANTI mobiliti peribadi (PMD) akan menjadi tumpuan utama pada Ahad bebas-kereta (Car-Free Sunday SG) hujung minggu ini  dengan  peserta boleh menyewa basikal secara percuma untuk menunggang di sepanjang jalan raya di Daerah Pusat Perniagaan, Daerah Sivik dan Telok Ayer.



Dan buat pertama kalinya pada majlis itu, seluruh llauan 5.5km itu akan dibuka kepada orang ramai dari 8 pagi hingga 12 tengah hari Ahad ini (26 Feb). Sebelum ini, jalan-jalan tertentu ditutup hanya sehingga 11 pagi.



Syarikat basikal seperti Mobike, O Basikal dan OFO basikal masing-masing akan menawarkan 10 hingga 15 basikal untuk disewa percuma dalam blok 30 minit berdasarkan yang dahulu, didahulukan.



Persembahan sepanjang St Andrew's Road akan menampilkan vendor PMD seperti CycleLogy, Falcon, EcoRider dan The Cyclist Mess Pte Ltd.



Bertujuan menggalakkan mengurangi penggunaan kereta, acara kali ini mempunyai aktiviti-aktiviti menggalakkan sikap bertanggungjawab di kalangan penunggang basikal, pengguna PMD dan pejalan kaki yang berkongsi laluan.



Mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti 'Safe Riders Sunday' berpeluang memenangi skuter Swifty bernilai $699 apabila mereka memuat naik gambar-gambar mereka di Facebook atau Instagram dengan kapsyen bagaimana mereka #RideSafer.



Ahad bebas-kereta merupakan inisiatif masyarakat oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Penguasa Pengangkutan Darat, Lembaga Taman Negara, Majlis Seni Kebangsaan, Lembaga Penggalak Kesihatan, Sukan Singapura dan Penguasa Tanah Singapura, disokong oleh pelbagai kumpulan masyarakat dan yanga berkepentingan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >