Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ahli ekonomi: Pemerintah tidak akan longgarkan langkah penyejukan hartanah sekarang

Sep 18, 2015 | 09:55 AM



Harga rumah perlu jatuh sebanyak 15 peratus sebelum pemerintah akan menimbangkan melonggarkan langkah-langkah penyejukan pasaran hartanah, menurut beberapa ahli ekonomi.


Mereka menyatakan walaupun harga rumah telah turun, ia masih boleh jatuh lagi sebelum perubahan dasar boleh dicetuskan, walaupun pergerakan kadar faedah di Amerika Syarikat mungkin ada pengaruhnya juga.


Oleh itu, mereka menjangka pemerintah meneruskan langkah-langkah penyejukan buat masa sekarang, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (18 Sep).


Sebuah laporan DBS pada Khakis (17 Sep) berkata langkah-langkah penyejukan, seperti Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD), boleh dilonggarkan selepas kadar faedah global kembali kepada sediakala dan memandangkan keluarga di sini memmpunyai pinjaman perumahan tinggi.


Presiden Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (Redas), Encik Augustine Tan, pula mengulangi Rabu lalu seruan badan itu agar pemerintah melonggarkan langkah meredakan pasaran hartanah kerana langkah-langkah itu boleh meningkatkan risiko kepada pasaran hartanah dan ekonomi".


Bagaimanapun, seorang penganalisis dengan Institut Penyelidikana RHB Singapura, Encik Ong Kian Lin, berkata kemungkinan ABSD, ditiadakan tahun depan apabila harga hartanah seluruh Singapura mungkin telah jatuh 12 hingga 15 peratus "pasti kelihatan lebih dapat diterima pada peringkat itu".


Beliau menambah: "Walaupun jangkaan semakin bertambah bagi dasar propertumbuhan, kami tidak fikir sembarang pelonggaran (terutamanya hartanah) akan dilakukan tahun ini, memandangkan indeks harga hartanah masih turun hanya 6.7 peratus daripada paras tertinggi pada suku ketiga 2013 dan 3.7 peratus daripada setahun lalu."


Ahli ekonomi Citigroup, Encik Kit Wei Zheng, berkata dalam satu nota penyelidikan bahawa penurunan harga sebanyak 10 peratus dan peningkatan kadar gadai janji melebihi kadar purata 3.5 peratus diperlukan untuk mencetuskan pelonggaran dasar penyejukan hartanah


"Kami rasa kejatuhan lagi 5 hingga 10 peratus atau lebih, terutama dalam pasaran massa dan segmen HDB, mungkin diperlukan sebelum kemampuan membeli dianggap sudah pulih."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >