Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ahli niaga terkait dakwaan tipu $1b hadapi lebih banyak tuduhan

Apr 21, 2021 | 05:30 AM



SEORANG peniaga menghadapi tuduhan tambahan berhubung kaitannya dengan penipuan yang didakwa melibatkan lebih $1 bilion - terbesar dalam sejarah Singapura.



Ng Yu Zhi, 33 tahun, sebelum ini telah dikenakan dua tuduhan menipu dan dua tuduhan bersubahat dalam penipuan perniagaan melibatkan sekitar $48 juta.



Semalam, Ng dikenakan lagi lima tuduhan menipu berhubung penipuan perdagangan itu.



Ng, pengarah Envy Asset Management (EAM) dan Envy Global Trading, dikatakan mengumpulkan wang daripada pelabur untuk membiayai perdagangan nikel.



Mangsanya dijanji pulangan purata 15 peratus sepanjang tiga bulan.



Mahkamah diberitahu bahawa $300 juta daripada $1 bilion yang dilaburkan dalam syarikat-syarikat tersebut antara Oktober 2017 dan Februari lalu didakwa telah dialihkan ke akaun peribadi Ng.



Jabatan Ehwal Komersial (CAD) merampas aset bernilai sekitar $100 juta daripada NG.



Kededua syarikat miliknya itu tidak mempunyai lesen Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Pada 22 Mac lalu, MAS berkata ia diberitahu EAM bahawa syarikat itu sedang memohon lesen, meskipun tiada permohonan diterimanya.



EAM disertakan dalam senarai pelabur dicurigai sejak Mac tahun lalu.



Ng, yang diwakili oleh Encik Navin Thevar daripada Davinder Singh Chambers, kini dibebaskan dengan ikat jamin $1.5 juta.



Dia harus memakali tag elektronik dan mematuhi perintah berkurung antara 10 malam hingga 6 pagi.



Jumlah ikan jamin itu dipercayai adalah yang tertinggi dikenakan sejak pemantauan elektronik diperkenal sebagai syarat ikat jamin pada 2018.



Semalam, mahkamah mendengar siasatan terhadap Ng masih berjalan.



Kesnya akan didengar lagi pada 17 Mei.



Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda bagi setiap tuduhan menipu.



Bagi kesalahan perniagaan penipuan, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun, denda hingga $15,000 atau kededua hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >