Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ahli silap mata hadapi tuduhan bantu perniagaan buat tuntutan palsu PIC

Jan 27, 2017 | 12:26 PM



Seorang ahli silap mata diheret ke mahkamah pada Jumaat (Jan 27) bagi menghadapi 58 tuduhan membantu 49 pihak menuntut mendapatkan pembayaran kredit dan bonus Produktiviti dan Inovasi Kredit (PIC) palsu berjumlah $1.1 juta.



Ini merupakan kes terbesar melibatkan promoter PIC.



S. Chandran, 35 tahun, pemilik firma perundingan Paradize Consultancy, ditawarkan ikat jamin $200,000. Dia akan kembali ke mahkamah pada 3 Feb.



Sepanjang tahun lepas, Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) telah menjalankan siasatan menyeluruh terhadap beberapa tuntutan PIC mencurigakan.



siasatan Iras mendedahkan bahawa kebanyakan tuntutan mencurigakan itu dikaitkan dengan Chandran. Kira-kira 200 orang telah dipanggil untuk membantu siasatan Iras.



Iras akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pihak-pihak yang menuntut, jika sesuai, sebaik sahaja siasatan selesai, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis (26 Jan).



Skim PIC menawarkan potongan cukai atau bayaran tunai kepada syarikat-syarikat yang melabur dalam bidang seperti latihan, teknologi maklumat atau peralatan automasi bagi meningkatkan produktiviti mereka.



Jika sabit kesalahan, Chandran menghadapi hukuman mandatori empat kali jumlah bayaran tunai atau bonus PIC. Dia juga boleh dikenakan denda sehingga $50,000 dan/atau penjara sehingga lima tahun bagi setiap pertuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >