SEORANG ahli silap mata yang merencanakan satu penipuan menuntut bayaran tunai dan bonus di bawah satu skim produktiviti pemerintah, mengaku bersalah semalam selepas perbicaraan selama lima hari.
S. Chandran, 37 tahun, melakukan kesalahan itu semasa membantu 49 pemohon mengemukakan tuntutan palsu di bawah skim Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC) antara 2013 dengan 2014 untuk mendapatkan pembayaran tunai lebih $ 1.1 juta.