MAHKAMAH Rayuan semalam mengarahkan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC) melantik seorang akauntan - bergantung pada persetujuan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) - untuk membantu membetulkan sebarang kesilapan perakaunan dan tadbir urus.
"Daripada membuat arahan melantik akauntan bebas... pelbagai kepentingan akan dijamin dengan secukupnya oleh arahan menghendaki AHPETC membuat pelantikan yang diperlukan sendiri," kata mahkamah itu.