Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AHTC belum hurai 82% perkara audit yang dibangkitkan: Juruaudit

Aug 18, 2016 | 02:15 PM



MAJLIS Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) kendalian Parti Pekerja (WP) perlu mempunyai lebih ramai kakitangan dengan pengalaman relevan bagi menyelesaikan masalah akaunnya tepat pada masanya, ujar juruauditnya, KPMG, pada Khamis (18 Ogos).



Dalam laporan kelimanya, yang dikeluarkan oleh WP di laman webnya, KPMG berkata AHTC telah menghuraikan tiga daripada 17 perkara audit yang dibangkitkan dalam laporan sebelum ini, dengan baki 14 perkara audit - atau 82 peratus - daripada langkah pemulihan itu masih tertakluk pada kajian oleh juruaudit tersebut dan belum diselesaikan.



Ia menonjolkan kemajuan yang dicapai setakat ini dalam siasatan AHTC terhadap perkara dalam akaun penjelasan sementara itu bagi menekankan bahawa majlis bandaran tersebut perlu tenaga kerja lebih layak untuk membetulkan kesilapan itu.



Daripada lebih satu juta transaksi dalam 18 akaun sementara - tugas yang menurut KPMG akan mengambil masa setahun untuk dibereskan - AHTC hanya membereskan 599 sejak dua bulan lalu.



"Kadar kemajuan meningkat sejak Laporan Julai 2016 kami, namun AHTC perlu meningkatkan kakitangan yang ada dengan kepakaran yang diperlukan supaya ia dapat menyiapkan siasatan sebelum penghijrahan data perakaunan kepada sistem perakaunan baru AHTC," kata laporan itu.



Bulan lepas (Julai 2016), AHTC memberi kontrak $750,000 bagi satu sistem perakaunan baru kepada Anacle Systems, salah satu daripada dua syarikat yang mengemuka tender bagi kontrak tersebut.



AHTC mengupah KPMG untuk melihat ke dalam akaunya berikut kelemahan tadbir urus yang ditonjolkan juruauditnya sendiri dan Juruaudit Negara dalam laporan khas pada Februari tahun lepas (2015).



KPMG berkata pada Julai bahawa mereka telah menemui kegagalan kawalan "merata" dalam akaun dan proses kerjan AHTC sepanjang tempoh lima tahun lalu, dan menganggarkan majlis bandaran itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan untuk membetulkan semua kesilapan dan kelemahan yang telah ditemui.



KPMG juga berkata ia telah mengkaji semua pembayaran yang dibuat menggunakan kod 'olok-olok' vendor, yang dicipta AHTC pada 2015 dan digunakan untuk bayaran balik deposit tender dan tujuan lain.



Juruaudit itu berkata dalam laporan Julai bahawa penggunaan kod 'olok-olok' memudahkan bayaran duplikasi dan rekaan dibuat tanpa pengesanan.



Bagaimanapun dalam laporan terbarunya, KPMG berkata ia tidak menemui sembarang bayaran duplikasi atau rekaan selepas memeriksa semua 207 pembayaran - berjumlah $271,598.20 - yang direkod menggunakan kod 'olok-olok' itu.



Namun, dalam 41 kes, melibatkan urus niaga berjumlah $248,346.07, AHTC sepatutnya menggunakan akaun pembekal dan bukan kod 'olok-olok', kata KPMG.



Ia juga mendapati tujuh invois berjumlah $23,197.40 di mana bayaran dibuat tanpa AHTC mengesahkan telah menerima barangan dan perkhidmatan, sekali gus melanggar undang-undang Peraturan Kewangan Majlis Bandaran.



Pengerusi AHTC, Encik Pritam Singh, berkata majlis bandaran itu mengakui kelemahan kawalan dalam penggunaan kod 'olok-olok' dan akan mengkaji semula prosesnya bagi memastikan ia digunakan dengan betul pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >