Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Air berkeladak di blok Bukit Batok kini selamat digunakan

Jul 19, 2018 | 12:42 PM



BEKALAN air 120 rumah di Blok 290D Bukit Batok East Avenue 3 yang terjejas oleh bekalan air berkeladak kembali seperti biasa semalam. 



Menerusi pos di laman Facebooknya malam semalam, Anggota Parlimen GRC Jurong Cik Rahayu Mahzam berkata bahawa beliau telah bertemu kakitangan majlis bandar dan agensi air nasional PUB, dan diberitahu bahawa bekalan air kembali seperti biasa di semua unit yang terjejas. 



“Pemeriksaan PUB (terhadap air) juga mengesahkan bahawa bekalan air tersebut selamat untuk digunakan,” tulisnya. 



Penduduk di blok tersebut telah melaporkan tentang air berkeladak yang mengalir dari paip rumah mereka kelmarin. 



Menurut laporan Lianhe Wanbao, penduduk di blok yang terjejas telah mengambil bekalan air bersih daripada tujuh trak PUB yang tiba di blok tersebut malam kelmarin. 



Laporan itu menambah bahawa bekalan air blok itu mula berkeladak dan berwarna kekuningan tengah hari kelmarin. 



Cik Rahayu turut melawat beberapa rumah yang terjejas. 



Penduduk yang masih menghadapi masalah dengan bekalan air mereka boleh menghubungi PUB di 

1800-2255-782 (1800-CALL-PUB) atau e-mel ke pub_one@pub.gov.sg

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >