KEROSAKAN kepada sistem pam di Stesen MRT Bishan menyebabkan air terkumpul dalam terowong MRT yang mengakibatkan operasi perkhidmatan kereta api di Laluan Utara-Selatan (NSL) terhenti selama hampir 21 jam sejak petang kelmarin.
Dalam kenyataannya, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata siasatan awal menunjukkan air telah memasuki terowong melalui gerbang pembukaan berhampiran Stesen MRT Bishan di atas trek kereta api bawah tanah selepas hujan turun dengan amat lebat.