Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Air hujan masuk stesen MRT Marymount akibat hujan lebat di Bishan

Apr 07, 2018 | 07:20 PM



HUJAN lebat di kawasan Bishan hari ini (7 April) menyebabkan air hujan memasuki stesen MRT Marymount.



Menurut akhbar The Straits Times, beberapa pekerja dilihat sedang membersihkan stesen itu sekitar 6 petang tadi.



Agensi air negara PUB juga telah mengeluarkan amaran banjir bagi Bishan sebelum itu.



Menerusi laman Twitter PUB pada 4.45 petang, mereka berkata paras air di salah satu stesennya yang mengukur paras air di Bishan Road – SG Kallang – sudah pun mencecah 100 peratus.



Sementara itu, paras air di longkang besar di kawasan Boon Keng pula naik akibat hujan lebat, sehingga menyebabkan airnya menjadi berlumpur.



Menurut laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), orang ramai juga boleh menjangkakan hujan dengan guruh pada waktu tengah hari esok dan lusa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >