Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Air kekal isu strategik sedang ada kemajuan pelbagaikan bekalan

Jul 31, 2018 | 05:30 AM



SEDANG Singapura mencapai banyak kemajuan dalam memastikan bekalan air mencukupi di negara ini, air masih merupakan satu isu berkaitan dengan kewujudan negara.



Ini dinyatakan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa berucap di pembukaan loji penyulingan air laut ketiga Singapura di Tuas baru-baru ini.



Sejak beberapa tahun lalu, Singapura telah mencapai banyak kemajuan untuk mempelbagaikan dan menjamin bekalan airnya, meskipun ia masih menghadapi cabaran dari segi perubahan iklim, dan bekalan air dari Malaysia yang mudah terjejas oleh hubungan politik.



Hari ini, Singapura mempunyai "empat paip air negara" yang mempelbagaikan sumbernya - tadahan air setempat, air diimport dari Malaysia, NEWater dan penyulingan air laut.



Akademik yang mengkaji dasar air berkata, strategi air Singapura lebih maju daripada banyak negara lain yang menghadapi dengan cabaran serupa.



Jun lalu, ahli akademik setempat dari Institut Dasar Air dan jabatan geografi Universiti Nasional Singapura (NUS) menerbitkan sebuah laporan dalam jurnal sains Environmental Research Letters, yang mengkaji kelemahan kemarau di Singapura dan Malaysia.



Laporan itu berkata Singapura telah menyesuaikan diri dengan baik kepada tempoh kemarau, malah membekalkan air ke Malaysia semasa musim kering serantau, dan dengan itu kurang terdedah berbanding Johor.



Namun, komen mengenai air oleh pemimpin seberang tambak baru-baru ini menunjukkan air masih satu isu strategik.



Isu air timbul apabila Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik perjanjian air antara Singapura dengan negaranya, dengan menyatakan harga air yang dijual kepada negara ini adalah "tidak masuk akal".



Satu perjanjian yang ditandatangani antara Singapura dengan Malaysia pada 1962 membolehkan Singapura menerima sehingga 250 juta gelen air mentah setiap hari dari Johor pada harga tiga sen (1.01 sen Singapura) bagi setiap 1,000 gelen.



Kemudian, Menteri Besar Johor, Encik Osman Sapian, pula berkata negeri itu berharap untuk meningkatkan harga kepada 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.



Bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan akhbar The Straits Times baru-baru ini, Menteri Ehwal Luar baru Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata Kuala Lumpur akan menghormati perjanjian itu sedang ia merancang untuk memulakan rundingan tentang harga.



Namun, beliau ditukil sebagai berkata "ia tidak di dalam minda kami" untuk menutup paip air.



"Air adalah seperti sistem saraf kami. Kami menghormati jiran terdekat kami. Malaysia dan Singapura sentiasa menikmati hubungan istimewa itu.



"Soalnya adalah bagaimana kita boleh meneruskan perundingan (mengenai air) dari mana ia terhenti," katanya dalam laporan yang diterbitkan 25 Julai lalu.



Mengulas mengenai perkara itu, Dr Bilveer Singh dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, setuju air merupakan isu kewujudan meskipun terdapat NEWater dan kemajuan lain.



"Jika Malaysia memotong bekalan air kami, krisis serius di Singapura akan terjadi dengan serta-merta," kata Dr Bilveer Singh.



Pakar air, Profesor Asit Biswas, seorang profesor pelawat di Sekolah Dasar Lee Kuan Yew dan Pemenang Hadiah Air Stockholm, pula percaya Singapura boleh memenuhi keperluan airnya sendiri, tetapi cabaran utama adalah pengurusan permintaan.



"Aspek ini, malangnya, tidak mendapat cukup perhatian," kata Profesor Biswas.



Kenaikan harga air di sini yang baru-baru ini dilaksanakan adalah langkah ke arah yang betul, katanya.



Tetapi selain harga, Singapura harus melihat contoh bandar seperti Sao Paulo di Brazil, dan mempertimbangkan insentif untuk menjimat air, denda untuk penggunaan berlebihan dan menanamkan sikap menjimat air yang kuat dalam kalangan rakyatnya, kata beliau.




PANDUAN JIMAT AIR



1. Pantau bil air anda



Sekiranya penggunaan air anda lebih tinggi daripada purata negara, kaji tabiat penggunaan air keluarga anda.



2. Jangan mandi lama-lama



Ambil masa kurang lima minit semasa mandi dan matikan paip semasa bersabun.



3. Basuh dalam sinki penuh



Basuh sayur-sayuran atau pinggan mangkuk di dalam sinki atau bekas yang dipenuhi air dan tidak di bawah paip mengalir.



4. Jalankan mesin penuh



Jalankan mesin cuti baju apabila ia penuh.



5. Gunakan semula air yang dibilas



Gunakan semula air dibilas dari mesin basuh untuk membersihkan tandas atau membersihkan lantai.



6. Segera baiki kebocoran



Cegah pembaziran air dengan membaiki kebocoran atau paip menitis dengan segera.



7. Pam tandas dengan air berkurangan



Gunakan pam tandas yang mengurangkan penggunaan air.



Sumber: PUB



Infografik: Memastikan air terus mengalir di Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >