Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN KHAS: SEMPADAN DARAT SG-M'SIA DIBUKA SEMULA

Air mata hampir mengalir dapat masuk JB semula...

HAKIM YUSOF,Dari Johor Bahru

Apr 02, 2022 | 05:30 AM



INGIN menikmati suasana, atau berbelanja, atau mengeratkan semula hubungan bersama keluarga.



Itulah antara sebab pelawat daripada Singapura mengambil peluang seberang tambak ke Johor Bahru semalam - hari pertama sempadan darat antara Singapura dan Malaysia mula dibuka semula.



Antara mereka ialah Encik Muhammad Shahrizal Shahari, yang berlepas terus ke Pusat Pemeriksaan Woodlands apabila habis kerja pada 6 pagi.



Pegawai keselamatan berusia 34 tahun itu berasa ghairah apabila masuk ke Johor Bahru setelah lebih dua tahun pergerakan rentas sempadan dua negara ini ditutup disebabkan pandemik Covid-19.



"Saya ambil isteri saya dan terus masuk ke kastam.



"Apabila sampai, air mata hampir mengalir kerana sudah lama betul tidak dapat keluar Singapura menggunakan kereta saya ini," katanya semasa ditemui Berita Harian.



Sebelum Covid-19 melanda, beliau kerap ke Johor Bahru, iaitu lebih tiga kali seminggu.



Walaupun mendengar desas desus daripada rakan dan keluarga mengenai soal keselamatan di Johor Bahru, Encik Shahrizal enggan berfikiran negatif tentang keadaan di sana.



Malah, beliau gembira bahawa perjalanan masuk ke sana kini lebih lancar.



"Saya tahu lebih ramai warga Singapura akan mengambil pendekatan lihat dan tunggu sebelum membuat keputusan masuk ke sini.



"Oleh itu, saya sudah ramalkan tidak ramai orang akan masuk dan saya akan dapat manfaatnya jika masuk pada hari pertama," ujarnya.



Encik Shahrizal berkata beliau tidak sabar untuk menikmati juadah dan membeli-belah di kota itu.



Isterinya, Cik Quraisha Yazid, berkata pembukaan semula sempadan darat bakal membahagiakan warga kededua negara, apatah lagi dengan kelonggaran itu, keadaan hampir serupa situasi sebelum sempadan ditutup pada Mac 2020.



"Sebelum ini, kalau ingin ke luar negara prosesnya agak leceh kerana perlu menjalani kuarantin dan mengambil ujian Covid-19.



"Dengan pembukaan sempadan darat ini, lebih mudah bagi warga kedua-dua negara merentas sempadan," suri rumah berusia 28 tahun itu.



Encik Abdul Rashid Fakeer mengambil peluang berjumpa rakan di Johor Bahru semalam.



"Sejujurnya saya ambil risiko masuk kerana pengesahan status vaksinasi rasmi di aplikasi Mysejahtera saya belum lulus. Tetapi, pegawai di JB tidak meminta itu semua.



"Mereka hanya ingin melihat kita mempunyai aplikasi itu di telefon bimbit," kata ejen hartanah berusia 48 tahun itu, yang bertolak dari Singapura pada 6 pagi dan sampai di Johor Bahru sebelum 7 pagi.



Cik Mary Lim pula memuji kededua pusat pemeriksaan yang membuat perjalanan beliau masuk ke Johor Bahru "lancar dan pantas".



Namun, beliau akan memantau keadaan dahulu sebelum masuk kembali ke sana.



"Mungkin ramai yang balik ke sini adalah mereka yang ingin pulang dan berjumpa keluarga. Malah, hari ini juga masih hari biasa dan trafik tidak begitu sibuk.



"Saya akan lihat keadaan akhir minggu ini dan jika waktu perjalanan cepat seperti hari ini, saya akan kerap masuk ke JB," katanya, ke sana semalam untuk menguruskan urusan keluarga di Skudai.



Seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Fareed berkata beliau masuk Johor Bahru semalam kerana "ingin tahu proses baru masuk ke JB".



"Alhamdulillah, ia begitu cepat dan saya dapat lihat semua kaunter bersedia menerima kehadiran kami. Dengan pengalaman ini, saya lebih yakin dan lebih tahu syarat masuk ke JB apabila lebih ramai orang nanti," kata pegawai bomba itu.



Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media semalam, lebih 11,000 orang melepasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas setakat 7 pagi semalam.



Selain menaiki motosikal dan kereta, ada juga berjalan kaki.



Menurut ICA, mereka yang melakukan perjalanan dengan berjalan kaki mula beratur di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 11 malam kelmarin.



Barisan kereta dan motosikal yang beratur panjang juga kelihatan di kedua-dua pusat pemeriksaan itu.



"Secara keseluruhan, pelepasan di imigresen berjalan lancar dan tiada lagi barisan kenderaan menjelang 1 pagi" kata ICA.



Ia mengingatkan pelawat supaya menyerahkan Kad Ketibaan SG dan menyediakan bukti vaksinasi sebelum sampai di pusat pemeriksaan.



Pemandu kenderaan berdaftar luar negara perlu menyediakan permit kemasukan kenderaan (VEP) sah, e-mel kelulusan dari ICA dan kad Autopass, tambah ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >