Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Air tercemar: Kontraktor didenda $8,500

Dec 29, 2020 | 05:30 AM



SATU kontraktor setempat didenda $8,500 berhubung kejadian yang menyebabkan pencemaran air di sebuah kondominium privet dekat River Valley Road, kata agensi air negara PUB semalam.



Everrise Maintenance didapati bersalah pada 1 Disember lalu kerana gagal memastikan kerja teratur dilakukan oleh tukang paip berlesen.



Ini menyebabkan pencemaran kepada air yang dibekalkan oleh PUB ke Waterford Residence pada 8 September.



PUB berkata setelah ia menerima panggilan daripada penduduk mengenai bau dalam air pada 9 September, pihaknya segera menghantar pegawai untuk bersama-sama menyiasat kejadian itu dengan ejen pengurusan (MA) kondominium tersebut.



"Bau itu dikesan ke satu daripada dua kompartmen di tangki air tingkat tinggi, yang segera diasingkan untuk melakukan kerja pembilasan.



"MA juga melakukan pembilasan penuh ke atas paip servis, yang menyebabkan gangguan bekalan air ke 60 unit perumahan blok yang terjejas selama sekitar tiga jam," kata PUB.



Everrise Maintenance ditugaskan oleh MA untuk menjalankan kerja pembaikan setelah keretakan kira-kira 10 sentimeter ditemui di penutup tangki air bagi salah satu tangki tingkat tinggi kondominium itu.



Everrise Maintenance sepatutnya mendapatkan tukang paip berlesen, tetapi sebaliknya memberitahu pekerjanya untuk memperbaiki keretakan itu tanpa arahan yang betul.



Pekerjanya menggunakan bahan tampal di bahagian luaran dan dalam penutup tangki air itu, menyebabkan air di dalam tangki tercemar.



Di bawah Akta Kemudahan Awam, mereka yang didapati bersalah menyebabkan pencemaran kepada air yang dibekalkan oleh PUB boleh didenda hingga $50,000, sementara kegagalan memastikan kerja teratur dilakukan oleh tukang paip berlesen membawa denda maksimum $10,000.



"Kami ingin mengingatkan semua pelanggan dan pemilik bangunan bahawa kerja yang teratur ke atas semua pemasangan perkhidmatan air, termasuk tangki simpanan air, harus dilakukan oleh tukang paip berlesen," kata pengarah Bekalan Air (Rangkaian) di PUB, Encik Ridzuan Ismail.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >