Menyambung legasi pupuk ...pemahaman silang agama
Ajak pemimpin agama lain minum kopi, makan perata bersama-sama
Jun 14, 2015 | 05:30 AM
MASTER Chung Kwang Tong seorang sami agama Tao tetapi itu tidak menghalang beliau menghadiri kelas mendalami Wasiat Lama (Old Testament) dalam sebuah gereja.
Beliau, 30 tahun, juga pernah beberapa kali memenuhi undangan menyampaikan ceramah mengenai agama Tao di sebuah seminari Katolik.