Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ajaran pendakwah Indonesia Abdul Somad diikuti individu yang disiasat bagi radikalisasi: Shanmugam

May 23, 2022 | 03:02 PM



BEBERAPA orang yang disiasat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD)  bagi radikalisasi didapati telah mengikuti ceramah dan ajaran pendakwah Indonesia, Abdul Somad Batubara, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam pada Isnin (23 Mei).



Antaranya ialah seorang remaja lelaki 17 tahun yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Januari 2020.



“Dia telah menonton ceramah Somad di YouTube tentang pengeboman nekad. Anak muda itu mula percaya bahawa jika anda berjuang untuk ISIS, dan jika anda menjadi pengebom nekad, anda akan mati syahid dan mendapat ganjaran di syurga.



“Justeru anda dapat lihat ajaran Somad mempunyai kesan ke atas dunia nyata,” kata Encik Shanmugam apabila ditemui media di ibu pejabat Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Isnin.



Komen dan ajaran Abdul Somad tidak dapat diterima di Singapura sama sekali, dan jika dilakukan di Singapura, akan menyebabkan pendakwah itu untuk dipenjara, kata Encik Shanmugam.



Contohnya Abdul Somad berdakwah bahawa pengeboman nekad dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dianggap sebagai operasi ‘syahid’.



Beliau juga membuat komen yang memburuk-burukkan anggota masyarakat agama lain seperti Kristian, dengan menggambarkan salib Kristian sebagai tempat kediaman ‘jin kafir’.



Abdul Somad juga mengatakan bahawa orang Islam tidak harus menerima orang bukan Islam sebagai pemimpin kerana dia berkata orang bukan Islam boleh berkomplot untuk menindas orang Islam.



Beliau juga berkata orang Islam tidak harus menaiki ambulans Palang Merah disebabkan kaitannya dengan salib Kristian.



“Adakah kenyataan ini dianggap sebagai boleh diterima di Singapura?



“Jika seseorang menyatakannya di Singapura, ISD akan mengunjunginya dan mereka akan dipenjara.



“Bahasa dan retorik yang digunakan, seperti yang anda lihat, adalah amat memecahbelahkan, dan tidak dapat diterima sama sekali di Singapura,” kata Encik Shanmugam.



Beliau menekankan, keharmonian agama dan kaum di Singapura dianggap sebagai asas kepada masyarakat dan kebanyakan rakyat menerima hakikat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >