Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

'Ajaran sesat': Muis rayu lagi bahan bukti, beri keterangan

Nov 28, 2020 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) sekali lagi menggesa orang ramai yang mempunyai bukti supaya tampil membantu dalam siasatan terhadap kegiatan yang didakwa melibatkan lelaki yang memimpin kumpulan ajaran sesat dan mendakwa dirinya nabi.



Dalam satu kenyataan semalam, Muis berkata mereka yang mempunyai bahan bukti yang boleh dipercayai, seperti e-mel, dokumen, nota ceramah, rakaman audio dan rakaman video - khususnya mereka yang terlibat secara langsung dengan kumpulan tersebut atau kelas agamanya - dan bersedia memberi keterangan berhubung hal itu boleh mengemukakannya kepada Muis hingga 11 Disember.



Mereka boleh melakukan demikian menerusi e-mel ke alamat info@muis.gov.sg atau pergi terus ke Hab Islam Singapura di Braddell Road.



"Muis menggesa orang ramai mengamalkan sikap bertanggungjawab dari segi sosial dan tidak menggunakan wadah media sosial untuk memburukkan sesetengah individu... berkongsi atau menerbitkan maklumat peribadi mereka, termasuk gambar.



"Muis memahami bahawa terdapat keluarga dan individu yang terjejas akibat kumpulan tersebut.



"Kami sedang mendekati individu terjejas yang telah menghubungi kami berhubung hal ini untuk menghulurkan sokongan dan bantuan," kata Muis.



Selepas akhbar The Straits Times mengeluarkan satu laporan tentang seorang bekas tukang urut berusia 50-an tahun yang didakwa menjalankan kelas ajaran menyeleweng dan 'bernikah batin' dengan lima wanita pada 9 November lalu, Muis mengeluarkan satu kenyataan dan berkata mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat hal itu.



Dalam pada itu, Muis turut mengingatkan masyarakat tentang pentingnya mendapatkan bimbingan dan ilmu agama daripada asatizah berwibawa dan diiktiraf.



Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) dibentuk untuk memastikan masyarakat mempunyai akses kepada asatizah berkelayakan dan sekolah Islam bertauliah.



Sementara itu, masjid tempatan turut menganjurkan kelas agama seperti ADIL dan aLIVE serta pelbagai ceramah bagi golongan dewasa dan kanak-kanak.



Malah, pelbagai kandungan agama juga boleh didapatkan dalam talian, termasuk oleh Rangkaian Belia Asatizah (AYN), Salam SG TV dan pelbagai masjid tempatan.



"Masyarakat harus menggunakan sumber ini dan mendapatkan bimbingan daripada mereka yang berkelayakan dan bertauliah sahaja.



"Mereka harus berjaga-jaga terhadap bahaya ajaran sesat dan mendapat pengesahan daripada Muis atau Pejabat ARS sekiranya terdapat individu yang menyebarkan ajaran meragukan," kata Muis, yang turut mengajak masyarakat dan keluarga menjaga satu sama lain.




"Muis menggesa orang ramai mengamalkan sikap bertanggungjawab dari segi sosial dan tidak menggunakan wadah media sosial untuk memburukkan sesetengah individu... berkongsi atau menerbitkan maklumat peribadi mereka, termasuk gambar. Muis memahami bahawa terdapat keluarga dan individu yang terjejas akibat kumpulan tersebut. Kami sedang mendekati individu terjejas yang telah menghubungi kami berhubung hal ini untuk menghulurkan sokongan dan bantuan."
- Muis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >