Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Ajaran sesat: Muis terima 5 aduan dalam 10 tahun lalu

Mesti hati-hati guna kuasa undang-undang atasi ehwal agama: Masagos
Jan 05, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah menerima lima aduan sepanjang 10 tahun lalu mengenai individu yang didakwa menyebar ajaran sesat.



Sedang tindakan boleh diambil di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla), apa-apa usaha untuk menggunakan kuasa undang-undang ke atas ehwal keagamaan mesti dipertimbangkan secara berhati-hati.



Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu jawapan bertulis di Parlimen untuk menjawab soalan Encik Faisal Manap (GRC Aljunied) semalam.



"Sedang ini merupakan satu hal keagamaan, Pejabat Mufti dan Jawatankuasa Fatwa pertama sekali dirunding untuk mengatasi ehwal sedemikian.



"Sejauh ini, penguasa keagamaan telah menasihati agar pendekatan lain digunakan dahulu, misalnya bermula dengan kaunseling, bergantung pada betapa serius situasinya," kata Encik Masagos.



Encik Faisal telah bertanya berapa banyak kes telah dilaporkan kepada Muis berkenaan tindakan menyalahi Seksyen 139 Amla dan berapa individu telah didakwa dan disabit kesalahan.



Dalam jawapannya, Encik Masagos berkata seksyen tersebut menetapkan hukuman ke atas mereka yang menyebar ajaran palsu.



Ia merupakan antara pelbagai cara memastikan ajaran palsu tidak berakar dalam masyarakat.



Penyebaran ajaran sesat mendapat perhatian baru-baru ini setelah timbul laporan mengenai seorang lelaki yang didakwa menyeleweng dan mengaku menjadi nabi.



Bekas tukang urut berusia 50-an tahun itu juga dikatakan telah menjalani nikah batin bersama lima wanita.



Dalam jawapannya semalam, Encik Masagos menekankan adalah penting ajaran sesat tidak dibenarkan untuk disebar dalam masyarakat, "khususnya jika mereka mengancam keamanan dan keharmonian sosioagama, dan cara hidup kita di Singapura".



Mana-mana bukti tentang ajaran menyeleweng yang diterima Muis dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa untuk menilai adakah dakwaan ajaran sesat itu benar.



Muis dan Jawatankuasa Fatwa menyiasat dan menangani semua aduan itu menerusi gabungan langkah mengeluarkan fatwa, kaunseling dan pendidikan awam.



Jika individu yang bertanggungjawab menyebar ajaran sesat didaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), Lembaga Pengiktirafan Asatizah boleh membatalkan pengiktirafan mereka, kata Encik Masagos lagi.



Sejak 2017, Muis telah menjadikan ARS mandatori bagi semua asatizah yang ingin mengajar, untuk memberi lebih keyakinan kepada orang awam.



Untuk layak bagi ARS, asatizah tidak boleh mengajar mana-mana ajaran salah, atau melakukan upacara atau tindakan berkenaan agama yang bertentangan dengan syariah.



Semua asatizah ARS juga perlu kerap menjalani peningkatan ilmu agama mereka, dan pentauliahan mereka disemak dari masa ke masa.



"Jika mereka tidak layak menjadi asatizah, contohnya jika mereka melanggar Kod Etika, status ARS mereka akan digantung atau dibatalkan," kata Encik Masagos.



Oleh itu, orang Islam digalakkan untuk mendapatkan bimbingan agama daripada asatizah yang diiktiraf ARS, dan senarai asatizah itu boleh didapati di https://www.muis.gov.sg/ARS-and-IECP/ARS/ARS-certified-Teachers.



Pejabat Mufti juga akan terus mengingatkan orang Islam di Singapura terhadap ajaran dan maklumat yang salah menerusi khutbah jumaat serta liputan di akhbar aliran utama.



Muis juga menerbitkan fatwa di laman Muis https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Fatwa.




"Sedang ini merupakan satu hal keagamaan, Pejabat Mufti dan Jawatankuasa Fatwa pertama sekali dirunding untuk mengatasi ehwal sedemikian.

"Sejauh ini, penguasa keagamaan telah menasihati agar pendekatan lain digunakan dahulu, misalnya bermula dengan kaunseling, bergantung pada betapa serius situasinya."

- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >