Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akademi baru bantu SME guna teknologi digital

Mar 19, 2020 | 08:25 PM



SATU akademi baru bagi membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) menggunakan teknologi digital telah dilancarkan.


Akademi itu akan menawarkan kursus bersubsidi bagi melengkapi SME, ketua perniagaan SME serta tenaga kerja mereka dengan kemahiran relevan serta pengetahuan bagi transformasi digital.


Kursus itu akan dibangunkan bersama oleh Akademi Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Akademi CET Politeknik Ngee Ann (NP).


Firma konsultasi Ernst & Young Advisory (EY) akan menyumbang kepada pembangunan kandungan dan kurikulum.


Akademi yang dinamakan ‘Beyond Lab' itu merupakan kerjasama antara Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan V3 Fintech, cabang teknologi kewangan bagi kumpulan produk gaya hidup V3.


Dalam satu kenyataan pada Khamis (19 Mac), kedua-dua pertubuhan itu berkata akademi tersebut akan menghubungkan SME dengan penyedia teknologi yang sesuai untuk membantu dalam perjalanan digital mereka.


Ini setelah SME dibimbing dalam perancangan inisiatif dan strategi digital yang sejajar dengan objektif perniagaan mereka, termasuk melabur dalam teknologi digital supaya dapat memperkemas proses kewangan atau sumber manusia.


Harga kursus antara $50 dengan $1900  bagi setiap peserta selepas subsidi, bergantung kepada jenis kursus dan masa yang diambil untuk menyelesaikan kursus itu.  


Sementara itu, EY akan bekerjasama dengan kohort pertama 'Beyond Lab' yang melibatkan 30 SME untuk menetapkan sasaran prestasi.



Perniagaan kemudian akan dipadankan dengan program SkillsFuture yang ditawarkan Akademi CET NP dan Akademi SMU.


Rakan teknologi akan bekerjasama dengan mereka untuk menggunakan proses digital dalam perniagaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >