Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Setempat

Akademi baru beri peluang pelajar Singapura kerja sambil belajar di syarikat baru di luar negara

Sep 17, 2018 | 04:25 PM

BAGI membangunkan bakat baru dalam bidang inovasi dengan pandangan dunia, sebuah akademi baru telah ditubuhkan untuk menghantar pelajar setempat bagi mengikuti program bekerja sambil belajar dengan syarikat baru di luar negara.

Pelajar juga boleh menyertai syarikat yang menjalankan usaha keusahawanan dan inovasi.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat mengumumkan demikian semasa pembukaan Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura (Switch) 2018 hari ini (17 September).

Encik Heng berkata Akademi Pereka Baru Perikatan Inovasi Sejagat yang dilancarkan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) itu merupakan antara beberapa daya usaha baru yang diperkenalkan bagi membolehkan golongan pereka baru di Singapura membangunkan keupayaan mereka serta bekerjasama dengan pereka lain dari seluruh dunia.

Akademi itu akan membantu dengan program bekerja sambil belajar di 17 kota bagi lebih 1,300 pelajar dari universiti autonomi buat beberapa tahun akan datang.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian