Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akademi Home Team kembang program pemimpin baru, pertingkat latihan simulasi

May 12, 2022 | 05:30 AM



AKADEMI Home Team (HTA) akan mengembangkan program pemimpin baru dan meningkatkan latihan simulasi untuk mendorong pembelajaran berterusan dan pendigitalan.



Ini adalah sebahagian daripada empat domain Pusat Kecemerlangan (CoE) untuk rancangan HTA tahun ini.



Demikian menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan, dalam ucapan sebagai tetamu terhormat di seminar pelan kerja HTA semalam.



"Untuk memastikan Home Team berjaya menguruskan cabaran keselamatan Singapura, kita memerlukan pemimpin yang kuat dan berkesan bertugas dalam pertubuhan ini.



"CoE ini akan memperkenalkan titik pembelajaran berstruktur untuk mengukuhkan konsep dan kemahiran kepimpinan, menggalak menggunakan kemahiran yang dipelajari dan mengekalkan pembelajaran bersama rakan.



"Selain itu, ia akan membangunkan program kepimpinan baru dalam tadbir urus krisis tahun ini untuk membantu ketua WOG (Keseluruhan Pemerintah) mengasah kemahiran mengawal dan menguruskan respons ketika menghadapi krisis," kata Encik Tan.



Beliau juga menyebut mengenai latihan simulasi bagi pengurusan insiden yang kritikal bagi CoE yang kedua.



"HTA telah melabur dalam latihan simulasi dan terus memanfaatkan potensi untuk mengukuhkan keupayaan pegawai kami. Peranti seperti ini membolehkan pegawai untuk mengambil bahagian dalam senario latihan yang realistik dalam persekitaran yang selamat.



"Dengan menyediakan lebih latihan di lokasi satelit lain, lebih pegawai akan mempunyai lebih akses untuk berlatih dengan sistem tersebut," ujar beliau.



Semalam, Encik Tan juga melancarkan Galeri Home Team 2.0 (HTG 2.0) yang telah dibuka semula setelah melakukan kerja pembangunan sejak Februari 2021.



Ia juga merupakan satu platform Latihan dan Pembelajaran utama HTA dalam membina minda dan identiti teguh 'One Home Team' dalam kalangan pegawai-pegawai.



"Galeri ini memupuk semangat bersama dan membina pemahaman warisan Home Team... Ia bukan sahaja mempamerkan pencapaian Home Team 25 tahun lalu tetapi juga usaha berterusan untuk bersedia pada masa hadapan," jelas Encik Tan.



Pandemik ini telah memberi satu peringatan kepada Home Team untuk sentiasa bersedia untuk bertindak balas terhadap sesuatu yang tidak dijangka, kata Encik Tan.



"Untuk mengekalkan tahap kecekapan tinggi yang diperlukan, kita mesti memastikan bahawa pegawai kami menerima latihan terbaik yang boleh kami sediakan, bukan sahaja apabila mereka menyertai, tetapi juga sepanjang kerjaya mereka dalam Home Team.



"Kemahiran yang diperlukan mesti sentiasa disemak dan dikemas kini supaya pegawai kita sentiasa terlatih, dan kekal terkini dalam keupayaan mereka untuk menangani perubahan cabaran hari ini," tambah beliau.



Semenatra itu, Ketua Eksekutif HTA Encik Anwar Abdullah, berkata:



"Sebagai Universiti Korporat Home Team, HTA bertujuan menyediakan inisiatif Latihan dan Pembelajaran yang berkualiti untuk pegawai kami.



"Kami akan terus bekerjasama dengan agensi Home Team sebagai 'One Home Team', supaya boleh memanfaatkan kepakaran kolektif dan pengalaman untuk membawa Latihan dan Pembelajaran kami ke tahap yang lebih tinggi."




"Untuk mengekalkan tahap kecekapan tinggi yang diperlukan, kita mesti memastikan bahawa pegawai kami menerima latihan terbaik yang boleh kami sediakan, bukan sahaja apabila mereka menyertai, tetapi juga sepanjang kerjaya mereka dalam Home Team. Kemahiran yang diperlukan mesti sentiasa disemak dan dikemas kini supaya pegawai kita sentiasa terlatih, dan kekal terkini dalam keupayaan mereka untuk menangani perubahan cabaran hari ini."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >