Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akademi Home Team manfaat teknologi terkini

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



DALAM satu percubaan Akademi Home Team (HTA) baru-baru ini, jurulatih Home Team (HT) telah diperlukan mengendalikan kelas dalam realiti maya (VR) lengkap dengan gogal VR.



Namun dalam senario kelas maya yang telah dirakam terdahulu itu, jurulatih dicabar menghadapi pelbagai cabaran, antaranya, mengendali peserta tertidur, menggunakan telefon tanpa henti dan mengadakan perbincangan peribadi semasa dalam kelas.



Justeru, jurulatih diperlukan membuat keputusan untuk mengurangkan gangguan dalam kelas, dan berdasarkan tindakan mereka, seorang jurulatih kanan akan memberi maklum balas sesudah sesi VR itu.



Demikian merupakan penerokaan terbaru HTA dalam memanfaatkan teknologi VR untuk mempertingkat kemahiran halus jurulatih HT sebagai sebahagian usaha HTA menjadi sebuah Kampus Bijak.



Percubaan Pembangunan Konsep (POC) VR HTA dijalankan antara Oktober 2021 dengan Mac lalu bertujuan menawarkan sekitaran pembelajaran imersif agar jurulatih HT memilih tindakan wajar apabila menghadapi pelbagai senario tertentu di dalam kelas.



Digunakan sebagai sebuah kaedah campur tangan dalam peta perjalanan mempertingkat kemahiran jurulatih HT dan disasarkan kepada Jurulatih Spesialis, ia juga satu kaedah persiapan sebelum jurulatih dikerah mengendali kelas tanpa menyebabkan gangguan atau kesan nyata dalam kelas sebenar.



Menurut HTA, seramai 113 jurulatih HT telah menyertai percubaan itu yang merangkumi sebanyak 20 sesi percubaan.



HTA berkata, lebih 90 peratus peserta menyatakan mereka setuju ia dapat membantu mereka mengendali pelbagai latihan kemahiran halus seperti mengendali panggilan cemas dan berkomunikasi dengan orang awam.



Latihan VR itu menawarkan senario berdasarkan empat modul pedagogi utama bagi para jurulatih iaitu; pengurusan bilik darjah; pedagogi wajar; pengendalian kumpulan dan tingkah laku peserta mengganggukan; dan kemahiran persembahan.



Jurulatih perlu membuat tindakan berdasarkan pilihan yang ditertera, seperti dalam situasi menghadapi seorang peserta tidur dalam kelas; mereka boleh memilih untuk menyuruhnya bangun atau memberi masa berehat sebentar buat seluruh kelas.



"Namun dalam setiap senario sebegitu, tiada jawapan betul atau salah dan untuk membuat sistem ini lebih berkesan, sesi VR itu dipimpin seorang jurulatih kanan," kata Pengarah Pusat bagi Sistem Pembelajaran, HTA, Superintenden Brian Lin.



Jurulatih kanan itu, misalnya akan mencabar peserta dengan memberi konteks tertentu - seperti kes pelajar tertidur; apa tindakan sesuai dalam kelas dihadiri pelatih Perkhidmatan Negara berusia 20-an tahun, dan apa tindakan bagi peserta kelas berpangkat eksekutif dalam lingkungan usia 40-an tahun.



Berdasarkan keputusan mereka, selepas sesi VR itu, jurulatih kanan tersebut akan mengadakan reviu sesudah kegiatan atau AAR, kata SUPT Lin.



Seorang Jurulatih Besar dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Major Khairudin Osman berkata: "Penggunaan VR juga boleh mengurangkan masa berehat, kecederaan dan juga masa yang digunakan untuk latihan bagi pelajar dan jurulatih."



Ketua Eksekutif HTA, Encik Anwar Abdullah menjelaskan penggunaan Teknologi VR bukan sesuatu yang baru buat HTA, kerana ia sudah digunakan sebagai kemudahan pembelajaran latihan kemahiran tertentu bagi pegawai HT seperti simulasi penggunaan senjata api atau mengendali rusuhan.



"Pembangunan Konsep Realiti Maya HTA ini adalah hanya satu dalam pelbagai cara inovatif yang kami sedang meneroka untuk mendorong pembangunan jurulatih kami.



"Jurulatih HT berada dalam perbarisan pertama dalam menawarkan latihan bagi pegawai kami yang akan berkhidmat kepada negara, dan justeru, pelabuhan terhadap mempertingkat kemahiran mereka itu adalah mustahak," ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >