Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akan datang: Program persiapan sekolah rendah, sokongan penduduk flat sewa

May 26, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM persiapan sekolah rendah kendalian guru, dan sokongan lebih kukuh untuk keluarga yang tinggal di flat sewa dan banduan Muslim merupakan antara program yang sedang dirancang dengan kerjasama pelbagai pihak dalam masyarakat.



Ini melibatkan pertubuhan Melayu/Islam (MMO) yang bekerjasama di bawah rangka kerja M Kuasa Tiga (M3) dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Contohnya, Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) bakal mengadakan sebuah webinar untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa di M³@Bandar tentang cara-cara mempersiapkan anak-anak mereka bagi Darjah Satu.



Acara yang dinamakan Sembang Keibubapaan dirancang dengan tujuan untuk berkongsi dengan ibu bapa serta waris tentang persediaan anak-anak prasekolah yang akan memasuki alam sekolah rendah, kata Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS), Cikgu Abdul Malek Ahmad.



"Kegiatan tersebut dilakukan memandangkan KGMS mempunyai ahli-ahli yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang pendidikan dan persediaan kanak-kanak untuk masuk ke sekolah rendah.



"Kami berharap acara yang diadakan secara santai ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada ibu bapa tentang apa yang boleh mereka jangkakan apabila anak mereka memasuki darjah satu dan bagaimana ibu bapa dapat memainkan peranan untuk membuat persediaan dan menyokong anak mereka," kata Cikgu Malek.



Perbincangan dengan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) pula sedang diadakan untuk memperkukuh sokongan kepada keluarga-keluarga muda yang tinggal di bandar-bandar M³, terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan flat sewa.



Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim, berkata PPIS mempunyai tujuh khidmat sosial di serata negara, termasuk dua pusat khidmat keluarga (FSC) yang menawar kaunseling, serta Inspirasi PPIS yang menyedia sokongan bagi perkahwinan muda.



"PPIS kekal dedikasi untuk menyokong wanita secara holistik dalam tiga bidang khidmat kami - perkhidmatan wanita, kanak-kanak dan keluarga," ujar Cik Hazlina.



Satu lagi MMO, Pertapis, yang mengendali sebuah rumah tumpangan dan membantu banduan, pula bakal bekerjasama dengan pejabat Fitrah di bawah naungan Muis.



Kerjasama itu akan melibatkan perkongsian mengenai program pengayaan, serta amalan terbaik yang dilaksanakan untuk menyokong banduan Islam, serta keluarga mereka.



Pengarah Kanan di Pertapis, Encik Mohd Jufri Haron, berkata Pertapis masih dalam perbincangan untuk memperkukuh sokongan bagi penghuni rumah tumpangannya, serta program untuk keluarga banduan.



"Kami mempunyai bantuan untuk keluarga banduan di bawah Tabung Amal Jariah. Tetapi kini kami sedang lihat bagaimana untuk pertingkatkan lagi program kami," kata Encik Jufri.




" Kami berharap acara yang diadakan secara santai ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada ibu bapa tentang apa yang boleh mereka jangkakan apabila anak mereka memasuki darjah satu dan bagaimana ibu bapa dapat memainkan peranan untuk membuat persediaan dan menyokong anak mereka.
- Cikgu Abdul Malek Ahmad, Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) mengenai program Sembang Keibubapaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >