Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akan kujaga dia selamanya kerana ...dia abangku

Apr 01, 2018 | 05:30 AM



MELIHAT hubungan rakan dengan adik-beradik mereka pernah mencetuskan rasa cemburu dalam hati Nur Aliah Mohd Ali, 17 tahun.



Tanpa disedari, dia akan membandingkan hubungannya dengan abang Mohd Ashraf, 18 tahun, yang tidak semesra.



Demikian luahan Aliah, yang abangnya mengalami Sindrom Asperger, iaitu sejenis autisme berfungsi tinggi (high functioning autism).



Sindrom Asperger sejenis gangguan pembangunan minda yang menimbulkan kejanggalan berinteraksi dan bergaul.



"Memang pada saya, mempunyai abang berkeperluan khas merupakan sesuatu yang berbeza. Banyak perkara orang lain lalui tetapi tidak dapat kami alami.



"Sejujurnya, saya pernah rasa kesunyian dulu. Hubungan saya dengan abang tak sama dengan hubungan adik-beradik rakan.



"Mereka boleh berbual dengan adik-beradik tentang macam-macam hal dan bermain bersama, tapi saya tidak boleh," ujar pelajar Maktab Rendah Meridian itu ketika dihubungi baru-baru ini.



Dia juga akui pernah cemburu apabila Encik Ashraf menerima lebih banyak perhatian daripada ibu bapa.



Namun, perasaan sedemikian hanya dilalui Aliah semasa di peringkat sekolah rendah dan belum memahami keadaan.



Semakin meningkat dewasa, dia menghargai hakikat abangnya mempunyai Sindrom Asperger.



"Disebabkan dia, saya tahu banyak perkara tentang golongan berkeperluan khas. Malah, saya menjadi lebih cepat matang daripada kawan lain kerana perlu berdikari dari usia muda," ujarnya, yang juga anak kedua dalam keluarga tiga beradik.



Dia juga menjadi guru pembantu di hab pendidikan khas My Inspiring Journey (MIJ) pada hujung minggu.



Mempunyai abang yang menghadapi Sindrom Asperger's bukan perkara mudah.



Banyak pengorbanan dilakukan dan kehidupan keluarga mereka perlu disesuaikan mengikut keperluan Encik Ashraf, kongsinya.



Tumpuan ibu bapa juga lebih banyak diberikan kepada anak istimewa dan adik-beradik lain perlu berkongsi tanggungjawab menjaga anak itu.



Anak bongsu keluarga, Mohd Adam, 12 tahun, tidak keberatan ibu bapanya memberi lebih perhatian kepada abang.



Katanya:



"Memang ibu bapa tumpukan perhatian kepadanya dan mereka patut lakukan itu kerana abang perlukan perhatian lebih daripada kita. Ibu dan ayah pun tahu saya dan kakak boleh berdikari."



Memahami keadaan yang dihadapi ibu bapa, dia mengambil langkah pertama memastikan hubungan keluarga tidak renggang.



"Apabila saya dewasa, sayalah yang memulakan perbualan dengan ibu bapa. Saya tahu bukan mudah buat mereka, jadi saya perlu berusaha."



Dia juga sering berbincang dengan ibu bapa, Cik Faraliza Zainal, 47 tahun, dan Encik Mohd Ali Dawood, 48 tahun, tentang masa depan abang.



"Saya terfikir juga bagaimana masa depannya. Adakah dia boleh mendapatkan pekerjaan? Adakah dia akan berkahwin? Siapa yang akan menjaganya nanti?" ujar Aliah.



Namun, dia pasti akan satu perkara - dia mahu terus menjaga Encik Ashraf.



"Itu tanggungjawab saya. Saya pun sudah beritahu ibu bapa bahawa saya mahu menjaganya, dan apabila Adam cukup besar, kami akan menjaganya bersama. Dia abang saya, sudah tentu saya sangat sayang kepadanya," ujarnya.




"Saya terfikir juga bagaimana masa depannya...

Siapa yang akan menjaganya nanti...

Itu tanggungjawab saya. Saya pun sudah beritahu ibu bapa bahawa saya mahu menjaganya, dan apabila Adam cukup besar, kami akan menjaganya bersama. Dia abang saya, sudah tentu saya sangat sayang kepadanya."

- Nur Aliah Mohd Ali, adik Mohd Ashraf.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >