Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akar umbi Hougang edar habuan, baucar pada 60 keluarga susah

Jan 16, 2022 | 05:30 AM



DEMI menyebarkan keceriaan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Hougang telah mengedarkan beg habuan serta baucar kepada 60 keluarga kurang berkemampuan.



Melalui Dana Perundingan Pembangunan Jawatankuasa Masyarakat Hougang (Hougang CC CDWF), setiap keluarga menerima baucar bernilai $100 serta pek hadiah daripada Giant Hypermarket.



Pertubuhan Akar Umbi Hougang itu berkata bahawa dengan bantuan baucar itu, mereka berharap penerima dapat membeli i barangan Tahun Baru Cina serta keperluan rumah.



Bagi setiap beg habuan, setiap keluarga menerima keperluan rumah seperti mug, mangkuk, periuk kecil, penyepit tajaan Giant Hypermarket serta pelitup dan cecair sanitiser tangan.



Turut mengagihkan barangan-barangan tersebut kepada penduduk-penduduk itu semalam adalah Penasihat Akar Umbi Hougang, Encik Lee Hong Chuang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >