Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akaun FB palsu muncul siap dengan nama, foto profil nikah

Penyunting video jadi mangsa tipu penyamaran media sosial sebulan lepas kahwin
Apr 20, 2021 | 05:30 AM



SEBULAN selepas Encik Luqman Nurhakim Adam bernikah pada November 2018, satu akaun Facebook baru tiba-tiba muncul, menggunakan nama dan foto pernikahannya sebagai gambar profil.



Masalahnya, akaun baru itu bukan miliknya.



Di luar dugaannya, penyunting video berusia 31 tahun itu menjadi mangsa perbuatan menyamar di media sosial.



Dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini, Encik Luqman berkata pemilik akaun palsu itu berhelah kononnya akaun asal telah dijangkiti virus virus, memaksanya memulakan akaun baru.



"Dia menghantar mesej kepada rakan kerja saya dengan sebuah cerita palsu bahawa akaun 'lama' saya dijangkiti virus Trojan dan terpaksa dihapuskan.



"Disebab itu kononnya saya terpaksa menggantikannya dengan akaun baru," kata Encik Luqman.



Menurut Encik Luqman, sukar mengenal pasti bahawa akaun baru itu adalah akaun palsu.



"Dia menggunakan cover photo yang sama dengan gambar yag saya gunakan di laman FB. Dia juga menggunakan gambar hari pernikahan saya bersama isteri dan keluarga sebagai gambar profil." kata beliau



Akaun Facebook palsu itu berjaya memperdaya teman dan ahli keluarga Encik Luqman yang menyangka ia akaun sebenar beliau, meskipun terdapat sedikit perbezaan antara dua akaun itu - nama profilnya dalam akaun sebenar mempunyai huruf tambahan 's' - 'Luqman Adams'.



Menurut Encik Luqman, akaun Facebook sebenarnya amat aktif kerana beliau menggunakannya setiap hari. Ia tidak dibiarkan tanpa pengawasan, katanya.



Beliau bernasib baik apabila seorang teman mengesan akaun palsu itu dan memberitahu tentangnya.



"Pada malam 11 Disember 2018, saya membuat laporan kepada Facebook dan sejam kemudian akaun palsu itu diturunkan. Teman-teman saya yang berasa curiga terhadap akaun palsu itu juga berbuat demikian," kata Encik Luqman.



Kejadian itu tidak membabitkan sebarang urus niaga atau penghantaran wang, tambahnya.



Menurut perangkaan jenayah 2020 yang dikeluarkan polis Februari lalu, jumlah penipuan penyamaran media sosial meningkat mendadak sebanyak 282.9 peratus, daripada 786 kes pada 2019 kepada 3,010 kes tahun lalu.



Jenayah penipuan kekal tinggi, meningkat 65.1 peratus tahun lalu, dengan mangsa ditipu lebih $201 juta.



Menjawab pertanyaan media, Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) mengingatkan penipuan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira umur.



Jika akaun seseorang itu telah dikompromi, CSA menggalak pengguna melanggan keluar daripada aplikasi kiriman teks dan wadah media sosial berkenaan, menggunakan kata laluan dengan sekurang-kurangnya 12 huruf - gabungan huruf besar dan kecil serta huruf istimewa - dan menggunakan kaedah Pengesahan Dua Faktor (2FA).



CSA menasihati pengguna agar sentiasa berwaspada terhadap akaun mencurigakan, dan jangan memberitahu Kata Laluan Sekali (OTP) kepada orang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >