Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akhbar BH diedar di masjid serata negara, dengan kerjasama COURTS

Edaran akhbar dilakukan semalam selepas solat Jumaat; juga pada 19, 26 April dan 3 Mei
Apr 13, 2019 | 05:30 AM



SEBAHAGIAN jemaah masjid setempat dapat membawa pulang naskhah akhbar Berita Harian (BH) secara percuma selepas solat Jumaat di 69 masjid setempat semalam.



Pengagihan akhbar percuma itu akan diadakan lagi pada Jumaat depan selain pada 26 April dan 3 Mei ini.



Akhbar edisi hari Jumaat BH antara lain termasuk ruangan Hidayah yang membincangkan isu-isu sosio-agama kontemporari, selain sajian berita, rencana dan ruangan gaya hidup meliputi pelbagai topik dan tema.



Salah seorang jemaah, Encik Ariffin Ahmad, 44 tahun, berkata beliau telah pun melanggan akhbar BH, namun mengambil naskhah percuma itu untuk diberikan kepada abangnya.



"Dapat juga beliau baca berita hari ini," katanya.



Edaran akhbar istimewa itu adalah sebahagian kerjasama antara BH dengan gedung perabot, keperluan rumah dan barangan IT, COURTS.



Pemberian akhbar percuma itu merupakan usaha akhbar ini mendekati lebih ramai pembaca.



Sejumlah 100 naskhah disediakan di setiap masjid.



Selain menerusi edisi cetak, kandungan akhbar BH juga boleh dinikmati secara digital di www.BeritaHarian.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >