Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK AMERIKA SYARIKAT–KOREA UTARA

Akhbar serantau puji kejayaan sidang puncak

Jun 13, 2018 | 05:30 AM



AKHBAR utama di negara serantau dan berkepentingan memuji kejayaan sidang Puncak Amerika Syarikat-Korea Utara di Singapura semalam.



Jabatan tangan erat Presiden Amerika Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilihat sebagai satu titik sejarah yang dipancarkan secara langsung oleh media di seluruh Asia, lapor akhbar The Straits Times.



Ramai yang melihatnya sebagai langkah pertama ke arah menjadikan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear dan aman, menyifatkannya sebagai peluang bersejarah dan pencapaian luar biasa.



Di China, agensi berita Xinhua berkata dalam ulasan semalam bahawa jalan masa depan mungkin berliku dan perlukan "kesabaran dan kebijaksanaan".



"Langkah pertama merupakan yang paling sukar. Dengan Pyongyang dan Washington telah membuat keputusan berani mengadakan sidang puncak, adalah penting bagi perbincangan diteruskan dan pihak-pihak berkenaan menyumbang kepada proses rundingan," kata agensi berita itu.



Akhbar Hongkong, Ta Kung Pao, juga melihatnya sebagai satu pencapaian luar biasa memandangkan permusuhan antara kedua-dua negara selama berdekad-dekad.



"Menghuraikan isu nuklear Korea Utara tidak akan berlaku dalam satu rundingan, tetapi sidang Trump-Kim boleh menjadi permulaan siri perbincangan serius. Kami harap sidang puncak itu dapat menghantar isyarat positif mengenai isu-isu ini, dan membawa proses damai di Semenanjung Korea ke tahap baru," kata akhbar itu.



Lain-lain saluran media China termasuk penyiaran negara CCTV, People's Daily dan China News Service, turut membuat liputan acara itu secara langsung, memaparkan imej-imej puncak bersejarah ke televisyen dan skrin komputer.



Sidang puncak itu adalah kali pertama dalam sejarah seorang presiden Amerika bertemu dengan pemimpin Korea Utara secara langsung. Encik Kim adalah Pengerusi Suruhanjaya Ehwal Negeri Korea Utara.



Di Korea Selatan, agensi berita Yonhap menyatakan pertemuan itu adalah satu "peluang bersejarah untuk menamatkan ancaman nuklear Korea Utara secara aman", sambil memuji tahap keselamatan Singapura, dengan kira-kira 5,000 pegawai polis dan keselamatan ditempatkan di jalan-jalan utama menuju Hotel Capella Hotel di Sentosa.



Korea Times pula mencatatkan bahawa pertemuan Trump-Kim adalah kali pertama antara para pemimpin yang bermusuhan itu duduk bersama selepas usaha diplomasi selama beberapa bulan.



JoongAng Ilbo, sebuah akhbar utama berbahasa Korea, berkata "sidang puncak abad ini" mungkin "membuka jalan bagi menamatkan secara rasmi Perang Korea 1950-53".



Di Jepun, semua saluran berita setempat - termasuk penyiar awam NHK, TV Asahi dan TBS - menyiarkan siaran secara langsung sidang itu pada 9 pagi waktu tempatan (8 pagi di Singapura) sedang konvoi Presiden Trump dan Encik Kim berlepas dari hotel masing-masing ke tempat sidang puncak di Capella.



Rakaman langsung jabatan tangan bersejarah antara kedua-dua pemimpin, dan kata-kata mereka semasa mereka duduk untuk berunding, juga dipancarkan di skrin televisyen di Jepun.



Akhbar Filipina The Philippine Daily Inquirer juga memaparkan siaran langsung The Straits Times liputan sidang puncak itu.



Agensi Berita Korea Utara, Korean Central News Agency, memberi tumpuan khusus kepada lawatan malam mengejut Encik Kim di Singapura pada Isnin ke beberapa tempat seperti Gardens by the Bay dan Marina Bay Sands.



Media Korea Utara itu juga membuat liputan terperinci perjalanan pemimpinnya di Singapura.



Ia melaporkan bahawa Encik Kim menikmati pandangan malam pada Isnin, dan melaporkan bahawa pemimpinnya "akan belajar banyak daripada pengalaman dan pengetahuan baik di Singapura dalam pelbagai bidang pada masa depan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >