Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Akhbar TNP henti edisi cetak, beralih ke wadah digital

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Akhbar TNP henti edisi cetak, beralih ke wadah digital

Sep 21, 2021 | 05:30 AM

SELEPAS 33 tahun, akhbar The New Paper(TNP) akan menghentikan edisi cetaknya dan beralih ke wadah digital sepenuhnya selepas 10 Disember.

Peralihan ini merupakan sebahagian daripada misi SPH Media Trust untuk mempercepat rombakan digital bilik berita dan memenuhi pilihan pembaca dalam landskap media yang berubah pantas.

Dengan beralih ke wadah digital sepenuhnya, SPH Media Trust dapat menyediakan khidmat kepada pembaca TNP dengan lebih baik, kata Encik Khaw Boon Wan, Pengerusi SPH Media Trust, dalam wawancara dengan The Sunday Times kelmarin.

"Kami telah berbincang dan kami telah memutuskan untuk membolehkan The New Paper beralih menjadi digital sepenuhnya secepat mungkin," kata Encik Khaw.

"Ini bermakna, kami akan menghentikan pengeluaran cetak, memperbaiki bilik berita, meningkatkan kewujudan dalam talian, supaya dapat menyediakan khidmat kepada pembaca serta pelanggan dengan jauh lebih baik sepanjang masa," tambahnya.

SPH Media Trust, sebuah syarikat awam berhad yang dijamin (CLG), akan mengambil alih perniagaan media Singapore Press Holdings (SPH) menjelang Disember.

CLG adalah usaha komersial yang menghasilkan keuntungan dengan keuntungan dilaburkan semula dalam perniagaan.

Pada Mei, SPH yang disenaraikan di papan utama telah mengumumkan bahawa ia merancang untuk menyerahkan perniagaan media ke CLG sebagai sebahagian daripada tinjauan strategik syarikat itu.

TNP dilancarkan pada 1988 untuk melibatkan segmen pembaca bahasa Inggeris yang lebih luas.

Selama bertahun-tahun, mereka telah membangunkan reputasi untuk menjana laporan kreatif, grafik dan reka bentuk yang menarik, serta liputan sukan, jenayah dan hiburan.

TNP menjadi akhbar percuma pada Disember 2016, dan diedarkan di 45 stesen MRT dari Isnin hingga Jumaat.

Berpegang teguh pada jenama penceritaan unik, TNP berharap dapat terus menyediakan khidmat kepada pembaca dengan lebih baik dengan laman web yang diperbaharui - tnp.sg - yang akan dilancarkan pada 25 Oktober ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3