Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Akhbar vernakular bahagian penting transformasi SPH Media Trust

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Akhbar vernakular bahagian penting transformasi SPH Media Trust

May 13, 2021 | 05:30 AM

AKHBAR bahasa vernakular, seperti Berita Harian dan Tamil Murasu, adalah bahagian penting dalam transformasi yang akan dijalankan di SPH Media Trust kerana setiap akhbar itu mempunyai pembaca berbeza dengan kepentingan dan keutamaan yang berlainan.

Bakal pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan, berkata setiap akhbar bahasa vernakular menawarkan liputan berita dan perspektif yang berbeza dan ini merupakan pertimbangan penting yang media harus sedar.

"Mereka (akhbar bahasa vernakular) bukan sekadar terjemahan bagi satu sama lain, dan itu sebabnya mengapa kami mempunyai empat bilik berita yang berbeza kerana mereka berkhidmat bagi klien yang berbeza.

"Mereka semua rakyat Singapura, tetapi kepentingan mereka, keutamaan mereka, tidak selalu sama," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat Singapore Press Holdings (SPH) semalam.

Usaha untuk terus menyokong dan memelihara akhbar bahasa vernakular merupakan antara keprihatinan selepas SPH mengumumkan cadangan untuk memindahkan perniagaan media syarikat itu ke sebuah entiti bukan keuntungan yang akan menjadi syarikat berhad dengan jaminan, atau company limited by guarantee (CLG), baru-baru ini.

Malah, ia diutarakan di Parlimen Isnin lalu, dengan Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran menekankan bahawa adalah amat penting akhbar bahasa vernakular ini terus menjadi bahagian penting operasi media CLG yang diusul dibentuk SPH kerana ia memberikan suara kepada masyarakat yang berbeza tanpa mengira saiznya.

Memberi analogi, Encik Khaw menyifatkan SPH Media Trust sebagai empat kenderaan berbeza, namun beliau berharap dapat memupuk mereka ke arah objektif yang sama.

Ini agar setiap akhbar bergerak ke arah yang sama walaupun pada tahap kelajuan yang berbeza.

"Kami harus meraikan kejayaan satu sama lain, meskipun kami mungkin bergerak pada kelajuan berbeza, kerana perbezaan unik pelanggan anda," kata beliau.

Di bawah model syarikat SPH kini, Encik Khaw berkata metrik mengukur kejayaan dan oleh itu, peruntukan sumber, pada dasarnya bergantung pada kewangan.

Namun jika dilihat pada peranan nasional bagi kesemua akhbar empat bahasa dan SPH Media Trust, kemajuan dan kejayaan perlu diukur dan dipantau dalam cara yang lebih canggih.

"Wang sentiasa penting, tetapi ia bukan mengenai wang sahaja," ujarnya.

Encik Khaw berkata SPH Media Trust akan perlu memikirkan bagaimana ia dapat menyumbang kepada objektif lebih tinggi, iaitu penduduk yang berpengetahuan, rakyat bersatu padu, dan kewarganegaraan yang didekati secara aktif, dengan nilai dan kepentingan rakyat Singapura pada terasnya.

Dari situ, beliau berkata ia akan dapat diterjemahkan kepada apakah metrik sesuai yang boleh disumbang bilik berita, dan mengukur metrik tersebut dengan cara itu.

Encik Khaw turut mengajak kakitangan memikirkan, antara lain, tentang bagaimanakah produk yang dihasilkan hari ini boleh menyumbang kepada objektif lebih tinggi itu dan sama ada terdapat produk baru yang perlu diadakan untuk menyumbang kepada objektif tersebut.

"Ini bukan sekadar perubahan struktur mudah daripada sebuah syarikat yang disenaraikan di bursa saham menjadi CLG dengan kakitangan sedia ada, dan kemudian kehidupan diteruskan. Maka, kami akan kehilangan objektif lebih besar dalam apa yang kami ingin lakukan.

"Mungkin sedikit abstrak pada tahap ini, tetapi saya harap anda mendapat inti daripada apa yang saya cuba sampaikan," kata beliau.


"Apakah yang ingin kami capai di sini? Kami mahu memastikan SPH Media terus mempunyai produk, sama ada akhbar atau laporan atau apa saja, yang orang ramai percaya, yang boleh dipercayai, yang profesional, yang berdasarkan fakta, yang memahami kepentingan Singapura. Itulah yang kami cuba capai. Dan saya fikir ada banyak...faktor kejayaan untuk mencapai hasil itu. Mutu bilik berita adalah satu faktor, namun sama pentingnya...adalah kebebasan bilik berita. Jika anda melemahkan perkara itu, anda melemahkan apa yang kami cuba capai. Itu kedudukan saya. Pada saya, ia amat jelas."
- Encik Khaw Boon Wan mengenai kewibawaan dan kebebasan bilik berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3