Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akhirnya dapat masuk sekolah perubatan selepas gagal dua kali

Aug 22, 2019 | 05:30 AM



DUA kali permohonan Encik Abdul Rahman Ishak untuk memasuki sekolah perubatan ditolak.



Bahkan, bukan satu sekolah sahaja yang menolaknya, kedua-dua sekolah perubatan yang cuba dimasukinya tidak menerimanya masuk ketika itu.



Namun sekali pun tidak pernah terdetik dalam hatinya untuk putus harapan.



Ternyata percubaan kali ketiga membawa berita gembira bagi anak muda berusia 21 tahun itu.



"Ia sesuatu yang betul-betul saya inginkan. Saya tahu kalau saya tak cuba lagi kali ketiga, saya akan menyesal," ujar beliau ketika dihubungi.



Encik Abdul Rahman kini setapak lebih dekat mencapai cita-citanya sejak kecil menjadi seorang doktor.



Beliau diterima masuk ke Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS) tahun ini selepas gagal menerima tempat pada 2017 dan 2018.



Pada 15 Ogos lalu, beliau telah menghadiri Majlis Kot Putih yang diadakan di NUS di mana siswa dan siswi menyarung kot putih sebagai tanda simbolik permulaan perjalanan mereka dalam bidang perubatan.



Ia lebih bermakna baginya kerana turut dihadiri kedua-dua orang tuanya, Encik Ishak Hassan, 59 tahun, seorang pegawai teknikal kanan dan Cik Rohani Mafot, 52 tahun, guru sekolah rendah.



Berkongsi kisahnya, bekas pelajar Raffles Institution (RI) dan Maktab Rendah Raffles itu berkata sepanjang kehidupannya, beliau telah banyak berinteraksi dengan doktor.



Pada usia empat hingga lima tahun, beliau sering ulang-alik ke hospital hampir setiap bulan kerana perlu menjalani rawatan bagi semput yang dihidapi.



Hampir setiap minggu pula, beliau akan ke klinik perubatan umum (GP) kerana akan diserang semput secara mendadak pada waktu malam.



"Sebagai kanak-kanak pada waktu itu saya rasa takut, keliru dan selalu terfikir apa yang berlaku, adakah saya akan baik seperti budak lain.



"Tapi doktor-doktor yang merawat saya selalu tenangkan saya dan beri jaminan semua akan okey," cerita anak kedua daripada empat beradik itu.



Pengalamannya membuat beliau lebih selesa dan mendorongnya mempertimbangkan dengan serius kerjaya sebagai seorang doktor.



Lebih dari itu, neneknya, Cik Mutiah Wasimin, 71 tahun, disebut beliau sebagai antara sumber inspirasinya mengejar cita-cita dalam bidang perubatan.



"Sejak saya kecil dan sakit-sakit, neneklah yang telah jaga saya. Saya pun selalu temankannya ke pemeriksaan kesihatannya.



"Datuk saya pun tak begitu sihat dan menghidap masalah jantung, dan kedua-dua mereka tinggal dengan kami.



"Sekarang giliran saya pula untuk jaga mereka," jelasnya.



Mengenang detik indah menerima berita baik dari NUS, Encik Abdul Rahman, yang jika lulus pengajian lima tahun di sekolah perubatan, bakal menjadi doktor pertama dalam keluarganya, berkata:



"Saya macam tak percaya. Bila mereka telefon saya dan beritahu untuk semak e-mel, semua yang saya telah lalui seolah-olah datang kembali dalam fikiran saya.



"Saya sangat gembira, alhamdulillah, sampai menitiskan air mata kegembiraan sebab ia semacam impian jadi kenyataan. Ibu saya pun menangis juga."



Beliau baru sahaja memulakan pengajiannya di sekolah perubatan minggu lalu, jadi belum banyak cabaran yang dihadapi setakat ini, kongsinya.



Namun, bagi penerima anugerah Pedang Merit semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dengan Pasukan Polis Singapura itu, perjalanan menjadi seorang doktor dianggap sesuatu yang "menyeronokkan" dan tidak sabar mahu dilaluinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >