RASA rindu anak Melayu, Cik Nadia Nurmukhametova terhadap kampung halaman, sanak-saudara dan juadah Lebaran menyelerakan di Singapura terubat akhirnya selepas tiga tahun tidak dapat beraya di sini.
Lebih istimewa, beliau datang bertandang ke negara tercinta ditemani suaminya, Encik Gani Nurmukhametov dan ibu mentuanya, Cik Albina Nurmukhametova yang berasal dari kota Kazan di Russia.