Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akhirnya tidak lagi risau tentang duit tuisyen lepas terima biasiswa SPH

Jul 17, 2018 | 05:30 AM



KEGEMBIRAAN jelas dilihat di wajahnya saat beliau bercerita tentang biasiswa yang baru diterima.



Ini kerana Cik Siti Munirah Abdul Rashid, 20 tahun, pernah gagal beberapa kali bagi mendapat biasiswa untuk memasuki universiti.



Kini, meskipun akan memasuki tahun kedua di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Cik Siti sekali lagi cuba memohon biasiswa.



Permohonan beliau kali ini diterima dan beliau merupakan antara 29 penerima Biasiswa Singapore Press Holdings (SPH) dan Yayasan SPH.



Majlis penyampaian biasiswa tersebut diadakan di auditorium SPH News Centre semalam.



Cik Siti merupakan penerima Biasiswa Kenangan Lim Kim San yang diberikan kepada 11 pelajar.



"Saya amat bersyukur dengan biasiswa yang diterima ini. Saya tidak perlu risau lagi tentang duit tuisyen bagi persekolahan saya.



"Duit elaun yang diberi pula akan saya simpan buat projek pertukaran pelajar di masa hadapan jika saya berpeluang menyertainya," kata Cik Siti.



Selain biasiswa Biasiswa Kenangan Lim Kim San, dua lagi jenis biasiswa diberikan di majlis semalam.



Encik Aqil Hamzah, 21 tahun, adalah antara empat penerima Biasiswa Kewartawanan SPH.



Beliau telah menjalani sesi bekerja sambil belajar (internship) bersama akhbar The New Paper selama enam bulan dan akan bekerja di SPH selepas tamat pengajiannya di NTU.



"Saya amat teruja setelah mendapat biasiswa ini kerana setelah menjalani sesi bekerja sambil belajar, saya mula minat dengan bidang kewartawanan.



"Biasiswa ini juga boleh dikatakan jaminan untuk saya menjadi seorang wartawan," katanya.



Encik Aqil akan memasuki tahun pertama di NTU bulan depan.



Cik Nur Nadihah Rosazizi, 17 tahun, pula adalah antara penerima Biasiswa SPH bagi Anak Kakitangan dan Vendor Akhbar.



Bapanya, Encik Rosazizi Sapan telah bekerja di SPH lebih 20 tahun dalam bahagian kejuruteraan.



Sebelum Cik Nadihah, abangnya juga telah menerima biasiswa yang sama beberapa tahun lalu.



"Biasiswa yang diterima ini memberi saya lebih motivasi. Jika berpeluang, saya akan memohon biasiswa buat universiti pula setelah tamat pengajian di maktab rendah," ujar pelajar itu.



Cik Nadihah adalah pelajar tahun pertama Maktab Rendah Catholic.



Majlis penyampaian biasiswa itu diadakan setiap tahun.



Pengerusi SPH, Dr Lee Boon Yang, dan Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Encik Ng Yat Chung, turut hadir dalam majlis itu.



Sebelum mendapat biasiswa tersebut, calon perlu mempunyai pencapaian akademik serta memiliki mutu kepimpinan yang baik.



Mereka juga perlu melalui sesi temuduga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >