Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

33 jam terlantar tanpa sedar, doktor sifatkan keadaan itu ‘pemulihan ajaib’

Akibat strok, bekas pembahas hadapi cabaran bertutur

Oct 29, 2023 | 04:28 PM
@beritahariansg

Kegetiran hidupnya dapat dirasakan. “33 jam. Itulah tempoh masa saya diserang strok, tidak dapat bergerak dan pengsan keseorangan di dalam bilik yang berkunci…” bhlab sgnews bhnews worldstrokeday stroke anginahmar strok

♬ original sound - Berita Harian - Berita Harian



Kegetiran hidupnya dapat dirasakan. “33 jam. Itulah tempoh masa saya diserang strok, tidak dapat bergerak dan pengsan keseorangan di dalam bilik yang berkunci…”

Begitulah ujar Encik Syafarin Sarif, 47 tahun, seorang pesakit angin ahmar atau strok, yang telah merana selama tiga tahun sejak peristiwa memeritkan itu.

Mujur beliau tersedar dan dapat membuka pintu biliknya yang dikunci dan rebah di ruang tamu, di mana bapanya sedang berehat setelah pulang dari kerja.

“Saya tidak tahu bagaimana saya dapat bangun semula, tetapi itulah antara sebab punca strok saya kronik, sebab saya tidak mendapat pertolongan secepat mungkin,” kata Encik Syafarin yang kemudian koma selama lima hari di hospital.

Beliau juga ditahan di hospital selama tiga bulan setengah untuk menerima rawatan.

Menurut Encik Syafarin, doktor tidak dapat mengesan punca penyakitnya pada awalnya, tetapi setelah menjalani lima pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI), mereka mendapati punca strok adalah pendarahan intrakranial di bahagian otak.

Pada umur mudanya beliau seorang yang aktif, berkebolehan dan mewakili pelbagai pertandingan berpidato, tetapi kini, pertuturannya juga terjejas akibat penyakitnya itu.

“Saya dulu aktif dalam pelbagai aktiviti di sekolah dan universiti, terutamanya bahas – tetapi lihat saya sekarang, bercakap pun susah,” kata Encik Syafarin yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang sains politik daripada Universiti Nasional Singapura (NUS).

Menurut laporan Tahunan Pendaftar Strok Singapura 2020, jumlah serangan strok telah meningkat dari 5,890 pada 2010 kepada 8,846 pada 2020.

Encik Syafarin mengalami kelumpuhan pada sebelah tubuhnya dan masih memerlukan bantuan untuk pergerakan dan pertuturan yang juga terjejas.

“Pada mulanya saya tidak boleh berjalan langsung. Tetapi sekarang saya boleh bergerak dengan bantuan tongkat. Saya juga mengalami sakit yang perit di bahagian kaki saya. Tangan saya pula beransur sembuh sejak September,” tambah beliau.


Tinjauan Kesihatan Penduduk Negara pada 2022 mendapati mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, hyperlipidemia, kencing manis dan merokok adalah tertinggi dalam masyarakat Melayu.


Dalam kalangan kumpulan etnik, kaum Melayu secara konsisten mempunyai Kadar Piawaian Kematian Mengikut Umur yang tertinggi (Age-standardized Mortality Rate/ASMR) pada 22.4 berbanding kaum Cina (11.9) dan kaum India (12.7) pada 2020. Kadar Piawaian itu ditakrifkan bagi setiap 100,000 penduduk.


Encik Syafarin yang tinggal bersama bapanya dan belum berumahtangga berkata teman-temannya banyak membantunya, menghantar beliau untuk rawatan, mengemas rumah, memberi makanan dan membantu dalam segi kewangan.


Pada awal 2023, beberapa teman-temannya telah membantu beliau mengumpul dana untuknya. Mereka juga mendapatkan pertolongan sebuah kumpulan remaja sukarela yang diketuai Encik Imran Mean dari IM Volunteers Network SG untuk membersihkan rumahnya, supaya dapat membantu pemulihan dan memudahkan pergerakan.

Sempena Hari Strok Sedunia pada 29 Oktober, Pasukan Peningkatan Perkhidmatan Strok (SSI) di bawah Kementerian Kesihatan (MOH) mengadakan kempen kesedaran strok kebangsaan untuk memperkukuh tindakan mudah yang boleh diambil oleh semua orang untuk mencegah strok.

Laporan perubatan mendapati 80 peratus kes strok boleh dicegah jika individu mengambil langkah aktif untuk mengurangkan risikonya.

Bertemakan ‘Setiap Pilihan, Satu Langkah Mendahului Strok’, kempen itu menyeru rakyat Singapura mengambil langkah mudah untuk mengelak daripada diserang strok. Ini termasuk:

– Lakukan pemeriksaan kesihatan seperti yang dinasihatkan, walaupun anda berasa sihat.

– Kawal tekanan darah, kolesterol dan paras gula anda seperti yang dinasihatkan doktor.

– Pilih pilihan makanan yang lebih sihat.

– Kurangkan pengambilan garam dan lemak tepu.

– Bersenam dengan kerap.

– Berhenti merokok dan jangan mulakan jika anda bukan perokok.

Untuk menyebarkan kesedaran bagi penyakit strok sempena Hari Strok Sedunia, bermacam acara telah diadakan untuk orang umum:


* World Stroke Day landmark ‘light up’ : Banyak mercu tanda dan bangunan di sekitar Singapura akan diterangi cahaya pada 29 Oktober 2023 termasuk lima jambatan bersejarah (Helix, Algin, Cavenagh, Coleman dan Clemenceau), Gardens by the Bay Supertree Grove, OCBC Centre, Singapore Flyer dan Plaza Singapura sebagai isyarat penyebaran dan sokongan kepada komuniti strok.


* Pameran Kesedaran Strok S3 : Dari 22 hingga 29 Oktober 2023, Stesen Sokongan Strok (S3) menganjurkan Pameran Hari Strok Sedunia di atrium Jurong Point. Acara ini bertujuan menyerlahkan kepentingan kesedaran strok, menyebarkan pandangan pencegahan yang berharga, dan memberi inspirasi kepada pilihan gaya hidup yang lebih sihat. Terdapat stesen pemantauan kesihatan yang disediakan untuk orang ramai mendapatkan pemeriksaan kesihatan asas percuma.


* Hari Keluarga Al-Falah 2023 : Untuk membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang strok, acara Hari Keluarga yang dianjurkan oleh Masjid Al-Falah pada 18 November 2023 dibuka kepada orang ramai dan akan menyertakan ceramah kesedaran kesihatan mengenai strok dan pemakanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >