Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akses Internet pulih selepas gangguan jejas 900 pengguna di Toa Payoh

Penyedia infrastruktur, NetLink Trust mohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna
Dec 23, 2021 | 05:30 AM



AKSES Internet telah pulih selepas sebilangan pengguna Singtel di Toa Payoh tidak dapat mengakses perkhidmatan itu di rumah mereka menggunakan jalur lebar gentian Selasa lalu.



Dalam satu catatan di Facebook pada 6.30 pagi semalam, Singtel berkata semua perkhidmatan yang diganggu telah dipulihkan.



"Semua perkhidmatan yang terjejas oleh gangguan jalur lebar gentian NetLink Trust (NLT) kini dipulihkan sepenuhnya. Terima kasih atas kesabaran anda."



Kira-kira 900 rumah di Toa Payoh terjejas dalam gangguan itu yang bermula Selasa lalu.



NetLink Trust - yang menyediakan infrastruktur jalur lebar gentian kepada penyedia perkhidmatan Internet seperti Singtel, StarHub, M1 dan MyRepublic - berkata beberapa kabel bawah tanah telah dirosakkan oleh kontraktor pihak ketiga yang tidak bekerja dengan syarikat itu.



Ia juga berkata perkhidmatan mungkin boleh dipulihkan hanya pada pagi semalam, dan memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna.



Gangguan kabel jalur lebar gentian ini bukanlah insiden yang pertama pernah berlaku bagi NetLink Trust.



Pada Mei 2019, sekitar 2,000 pengguna di Marsiling mengalami gangguan jalur lebar gentian selama lapan jam.



Sebulan kemudian, 600 lagi pengguna di Yishun mengalami kesukaran mengakses Internet menggunakan jalu lebar gentian mereka.



NetLink Trust berkata terdapat 23 gangguan kabel antara 2013 dan 2018, semuanya disebabkan oleh kontraktor pihak ketiga yang terlibat dalam pembinaan laluan MRT baru, pengkabelan kuasa, kerja paip air dan kumbahan, serta projek pembangunan lain.



Masa yang diambil untuk pemulihan perkhidmatan bergantung pada tahap kerosakan serta keadaan cuaca dan di tapak.



NetLink Trust berkata ia akan memberikankan maklumat terkini secara berkala di lelamannya.



Penyedia perkhidmatan Internet seperti Singtel juga akan memaklumkan pengguna di Facebook mereka.




"Semua perkhidmatan yang terjejas oleh gangguan jalur lebar gentian NetLink Trust (NLT) kini dipulihkan sepenuhnya. Terima kasih atas kesabaran anda."
- Singtel, dalam satu catatan di Facebook setelah perkhidmatan yang diganggu telah dipulihkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >