Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Akses percuma kepada lebih 75,000 kursus dalam talian bagi anggota NSF mulai 1 Nov

Sep 24, 2022 | 05:52 AM

ANGGOTA perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) akan mendapat akses percuma tanpa had kepada lebih 75,000 kursus dalam talian mulai 1 November ini untuk mempersiapkan mereka memasuki alam pekerjaan atau melanjutkan pelajaran selepas perkhidmatan negara (NS).

NSF boleh mendaftar pada bila-bila masa semasa perkhidmatan mereka dan akaun mereka sah selama dua tahun.

Mereka boleh memilih daripada kira-kira 135 kategori kursus yang akan disediakan di platform pembelajaran dalam talian.

Ini termasuk kursus seperti Pembelajaran Mesin Python, yang digunakan untuk pengekodan perisian, latihan kemahiran pengurusan dan kursus fotografi digital.

Terdapat juga beberapa kursus di mana kredit boleh dikecualikan untuk beberapa program di institut pengajian tinggi seperti politeknik dan universiti.

Inisiatif baru itu adalah hasil kerjasama antara Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), dengan NTUC LearningHub dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i).

Dipanggil Platform Pengalaman Pembelajaran SkillsFuture@NS, ia akan menggantikan program pekerjaan prakeluaran elektronik sedia ada, atau (E-Prep), yang diperkenalkan pada 2003 dan menawarkan 3,000 kursus.

E-Prep juga membenarkan jumlah kredit yang tetap untuk digunakan oleh NSF, dihadkan pada $350, dan disediakan dalam 12 bulan terakhir perkidmatan NS sepenuh masa - untuk digunakan sehingga setahun selepas tamat menjalani perkhidmatan negara (ORD).

NSF Tan Aik Chong, 20 tahun, yang mendaftar pada Januari tahun lalu, berkata beliau tidak sabar untuk menggunakan platform itu untuk mengasah kemahiran pengaturcaraannya (programming skills).

Kini, leftenan di Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) itu berkata beliau akan mendaftarkan untuk kursus sebelum memulakan persekolahan di Universiti Teknologi Nanyang tahun depan dalam bidang sains komputer.

"Dalam sains komputer, mengetahui cara menggunakan kod pengaturcaraan adalah penting. Platform baru ini membantu saya meningkatkan dan bersaing dengan rakan sebaya saya.

"Saya juga gembira kerana saya bebas memilih kursus yang saya mahu jalani," ujar beliau.

Dalam satu kenyataan bersama, Mindef dan MHA berkata inisiatif baru itu juga akan membolehkan NSF mencipta dan menjejaki perjalanan pembelajaran peribadi mereka, dengan cadangan kursus yang diperibadikan berdasarkan pekerjaan pilihan mereka dan kemahiran baru.

Ia juga akan merangkumi pangkalan data dalam talian sumber dan maklumat daripada agensi pemerintah, rakan kongsi industri dan institut pendidikan swasta.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3