Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Akta bagi pengguna e-basikal jalani ujian teori

Pengguna perlu lulus ujian teori yang diadakan secara dalam talian sebelum dapat guna alat di laluan awam, jalan raya
May 12, 2021 | 05:30 AM



PENUNGGANG basikal yang menggunakan kuasa (PAB), atau basikal elektrik (e-basikal), tidak lama lagi perlu menduduki dan lulus ujian teori dalam talian sebelum mereka boleh menggunakan alat itu di laluan awam atau jalan raya.



Ujian itu berharga $5 bagi dua percubaan pertama, dengan harga itu ditawarkan buat tiga bulan pertama selepas ia dilaksanakan.



Ini bermakna penunggang PAB akan perlu membayar $5 untuk ujian teori itu dan sekiranya mereka gagal, mereka boleh mencubanya untuk kali kedua tanpa membuat bayaran tambahan, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor.



Tambahnya, ujian untuk kali ketiga dan selanjutnya akan dikenakan harga $10 bagi setiap percubaan.



Ujian itu akan dilakukan dalam talian dan ditawarkan dalam empat bahasa rasmi - Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil. Peruntukan khas akan dibuat berdasarkan kes untuk mereka yang tidak mahir dengan teknologi atau buta huruf.



Setelah lulus, sijil digital akan diberikan kepada penunggang.



Dr Khor berkata pemerintah mempunyai kaedah untuk mengesahkan manipulasi sijil yang menyalahi undang-undang, dan akan memberikan tempoh peralihan yang mencukupi bagi penunggang mempersiapkan diri dan menduduki ujian itu sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.



Keperluan bagi penunggang PAB lulus ujian teori itu sebelum boleh menunggang di laluan awam dan jalan raya merupakan antara pindaan kepada Akta Lalu Lintas Jalan Raya yang diluluskan di Parlimen semalam.



"Ini bukan rejim pelesenan, yang akan jadi lebih membebankan kepada penunggang. Sebaliknya, ini ujian teori satu kali yang akan memastikan penunggang tahu peraturan dan tatakelakuan mobiliti aktif," kata Dr Khor.



Beliau menambah bahawa Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan memberikan butiran lanjut mengenai ujian teori itu pada bulan depan.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam bacaan kedua rang undang-undang itu berkata buku panduan ujian itu boleh didapati di laman LTA.



Ujian teori itu akan merangkumi modul mengenai keselamatan laluan dan jalan raya yang akan mendidik penunggang tentang peraturan mobiliti aktif, peraturan lalu lintas jalan raya serta tingkah laku menunggang yang selamat, tambah beliau.



Pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) dan PAB sudah pun dikenakan syarat untuk lulus ujian teori sebelum boleh menunggang di laluan awam di bawah pindaan kepada Akta Mobiliti Aktif yang diluluskan di Parlimen pada tahun lalu.



"Oleh sebab PAB dibenarkan di ke-dua-dua laluan awam dan jalan raya, adalah logik bagi kami memerlukan penunggang PAB untuk lulus ujian teori sebelum mereka boleh menunggang di jalan raya," kata beliau, sambil menambah mereka hanya perlu menduduki satu ujian teori saja.



Menyertai bahas rang undang-undang itu semalam, Anggota Parlimen Dilantik, Encik Abdul Samad Abdul Wahab, berkata beliau prihatin ujian teori bagi penunggang PAB itu akan menjejas pekerja penghantaran makanan bebas dan individu bekerja sendiri yang menggunakan alat itu bagi mata pencarian mereka.



"Saya ingin mendapatkan sokongan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan LTA dalam membiayai sebuah program latihan bagi penunggang PAB vokasional untuk lebih mempersiapkan mereka bagi ujian teori itu dan memupuk tingkah laku menunggang yang selamat.



"NTUC akan bekerja rapat dengan MOT dan LTA untuk lebih menyokong mereka menerusi program latihan itu dan akhirnya lulus ujian kecekapan itu," kata beliau, yang merupakan seorang pemimpin kesatuan.



Membalas, Dr Khor berkata beliau gembira NTUC sedang mengusahakan program latihan itu untuk membantu mempersiapkan pekerja penghantaran bagi ujian tersebut.



Beliau menambah bahawa pihaknya akan berusaha menerusi NTUC, syarikat penghantaran makanan dan kumpulan minat mobiliti aktif untuk mempertingkat kesedaran dan memastikan semua penunggang lulus ujian itu sebelum menunggang di jalan raya dan laluan awam.



Antara pindaan lain kepada akta itu ialah mengenakan denda lebih tinggi dan tempoh penjara mandatori yang digandakan terhadap mereka yang menggalak atau mengambil bahagian dalam perlumbaan haram.



Selain itu, mahkamah juga akan diberikan lebih banyak ruang untuk tidak membenarkan pemandu daripada memandu jika mereka disabit kesalahan dalam kes baran jalanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >