Akta jenayah terancang berkuat kuasa 1 Jun
May 26, 2016 | 05:30 AM
AKTA Jenayah Terancang (OCA), yang diluluskan di Parlimen pada 17 Ogos tahun lalu, akan berkuat kuasa mulai 1 Jun ini.
Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata OCA akan memperkasa keupayaan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam mencegah dan menyekat kegiatan Kumpulan Jenayah Terancang (OCG).