Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Setempat

Aktivis Jolovan Wham mohon maaf kepada Josephine Teo

May 22, 2020 | 05:56 PM

PEKERJA sosial dan aktivis, Encik Jolovan Wham, pada Jumaat (22 Mei) telah meminta maaf kepada Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo kerana membuat dakwaan palsu terhadapnya, dan telah memadamkan pos di Facebook (FB) yang mengandungi dakwaan tersebut.

Encik Wham antara dua individu yang menerima surat tuntutan daripada peguam Cik Teo pada Rabu (20 Mei), yang menuntut mereka menarik balik dakwaan itu, lapor The Straits Times.

Encik Wham telah mendakwa bahawa Cik Teo dan suaminya mengambil rasuah dan untung keterlaluan berhubung projek kemudahan penjagaan masyarakat bagi pesakit Covid-19.

Individu kedua ialah pengguna FB bernama Donald Liew. Encik Liew juga telah menarik balik dakwaannya dan memohon maaf di FB pada lewat malam Rabu (20 Mei).

Pada Jumaat, Encik Wham telah memuatnaikkan gambar ke FB yang menunjukkan dokumen yang ditandatangani beliau serta mengandungi permohonan maaf. Beliau juga memberi jaminan tidak akan menerbitkan pos lain berkaitan perkara tersebut, atau mengeluarkan sebarang dakwan berkaitan.