Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aktivis kesatuan pekerja, bekas AP Kg Kapor Mahmud Awang meninggal dunia

Jan 05, 2021 | 11:33 AM



TOKOH kesatuan pekerja dan bekas anggota parlimen Mahmud Awang telah meninggal dunia pada Isnin (4 Jan).



Allahyarham Mahmud berusia 92 tahun.



Beliau juga antara generasi perintis yang menubuhkan pergerakan buruh yang bersandarkan kerjasama perikatan tiga pihak - pemerintah, sektor privet dan pekerja - untuk membela nasib pekerja.



Malah, beliau memimpin Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sebagai pemangku presiden sebelum dilantik sebagai pengerusi entiti tersebut.



Dalam arena politik, Allahyarham Mahmud menandingi dua pilihan raya sebagai calon Parti Tindakan Rakyat.



Beliau tewas di pilihan raya kecil Anson pada 1961, tetapi memenangi pertandingan empat penjuru di Kampong Kapor pada 1963 di mana beliau berkhidmat sebagai anggota dewan perundangan dan seterusnya sebagai AP selepas 1965.



Allahyarham bersara dari politik pada 1968, tetapi meneruskan usaha membela pekerja dan sebagai pemimpin dalam masyarakat. 



Pengarah Operasi dan Pengerahan NTUC Encik Fahmi Aliman, berkata:



“Sebagai pemimpin, beliau dekat dengan pekerja dan meluahkan rasa kurang senang tentang amalan dan tatalaku salah di tempat kerjanya. Encik Mahmud berusaha tanpa mengenal penat untuk mewakili keprihatinan pekerja STC dan memastikan keperluan mereka dipenuhi.”



Menulis di Facebook,  Mayor North West CDC dan pengarah eksekutif PAP Encik Alex Yam berkata: 



"Di penghujung usianya, Encik Mahmud terus bersikap rendah hati meskipun telah banyak memberi sumbangan kepada Singapura dan kesejahteraan pekerja. Seperti ramai dalam kalangan pemimpin generasinya, beliau antara perintis dalam perjuangan mencapai kemerdekaan dan aktivis cemerlang dalam memperjuangkan hak pekerja serta lambang gemilang sebagai contoh kesaksamaan, keadilan dan politik bukan perkauman. Kita tidak harus melupakan sumbangan mereka, turutama apabila bilangan (generasi pemimpin sepertinya) kian berkurangan dalam kalangan kita."



NTUC, pada Selasa (5 Januari) juga telah mengunjungi keluarga Allahyarham Mahmud untuk mengucapkan takziah.



Ia juga menerbitkan surat terbuka yang ditujukan kepada anak perempuan beliau Cik Sopiah Mahmud.



"Sehingga hari ini, semangat perjuangan ayah anda terus memberi inspirasi kepada kita semua dalam Pergerakan Buruh. Beliau adalah orang yang berkhidmat bukan untuk manfaat peribadi, tetapi kerana percaya usahanya akan memberikan kehidupan lebih baik kepada orang lain yang menyusulinya. Pergerakan Buruh akan terus menghormati beliau dengan menuruti contohnya untuk membantu pekerja," kata NTUC dalam surat tersebut yang ditandatangani oleh presiden NTUC Cik Mary Liew dan Setiausaha Agung Ng Chee Meng.



Dalam pos Facebook berasingan, Encik Ng berkata pergerakan buruh pada hari ini mampu terus membela nasib pekerja kerana usaha pemimpin pengasas seperti Allahyarham Mahmud. 



 



*Artikel ini telah dikemas kini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >