FABRIK sosial Singapura yang berbilang agama harus sentiasa dan secara sedar dipupuk bagi mengekalkan keyakinan serta kepercayaan antara penduduk negara ini.
Itulah yang dirasakan Encik Hassan Ahmad, dan padanya ini menjadi lebih penting kerana cabaran sekitaran keselamatan global semakin meningkat setelah berlakunya serangan bersifat perkauman di banyak tempat di seluruh dunia.