Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aktivis sivil Jolovan Wham dan ahli SDP John Tan didapati bersalah menghina mahkamah

Oct 09, 2018 | 07:30 PM



Aktivis sivil Jolovan Wham dan ahli SDP John Tan didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengecam badan kehakiman di Facebook dalam pesanan berasingan.



Hakim Mahkamah Tinggi Woo Bih Li berkata pesanan di Facebook yang diterbitkan oleh pasangan itu telah mempersoal integriti dan keadilan mahkamah di Singapura dan menyebabkan risiko menjejas kepercayaan awam terhadap pentadbiran keadilan di sini.



Wham, menulis di Facebook pada 27 April, berkata mahkamah di Singapura tidak sebebas mahkamah di Malaysia berkenaan kes yang mempunyai kesan politik.



Hujah itu diiringi pautan kepada artikel dalam talian yang berjudul “Malaysiakini mounts constitutional challenge against Anti-Fake News Act”, atau “Malaysiakini memulakan cabaran perlembagaan terhadap Akta Cegah Berita Palsu”.



Justeru, Pejabat Peguam Negara (AGC) memulakan tindakan penghinaan ke atas mahkamah terhadap Wham.



Pada 6 May, Tan, tokoh politik Parti Demokratik Singapura, menyatakan di Facebook bahawa tindakan AGC itu memberi pengesahan tentang kebenaran hujah Wham.



Kes ke atas pasangan ini adalah yang pertama dihadapkan ke mahkamah di bawah undang-undang penghinaan baru yang berkuatkuasa sejak Oktober tahun  lalu di bawah Akta Pentadbiran Keadilan (Perlindungan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >