AP BUKIT BATOK LETAK JAWATAN
Aktivis yang dipercayai terlibat dengan David Ong letak jawatan dari PAP
SEORANG ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP), Cik Wendy Lim, yang dipercayai terlibat dalam hubungan sulit dengan Encik David Ong, bekas Anggota Parlimen (AP) Bukit Batok SMC, telah "secara sukarela meletak jawatan" daripada parti itu, menurut jurucakap PAP semalam.
Cik Lim, pengarah penjualan firma logistik Pacific Integrated Logistics, kini sedang bercuti.