Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Akui lakukan seks dengan 2 budak bawah umur hingga mereka hamil

Jul 14, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki mengadakan hubungan seks dengan dua budak perempuan bawah umur - mereka berusia 12 dan 15 tahun ketika itu - dalam dua kejadian berbeza dan menyebabkan mereka hamil.



Mangsa lebih muda itu kemudian menggugurkan kandungannya manakala budak perempuan yang lebih tua sekarang membesarkan anak mereka.



Lelaki itu, sekarang berusia 20 tahun, juga menyerang seorang remaja perempuan berusia 18 tahun tahun lalu.



Remaja perempuan ini juga mempunyai seorang anak bersama lelaki tersebut.



Ketiga-tiga remaja itu temanita lelaki tersebut, tetapi mahkamah daerah diberitau bahawa mereka tidak lagi bersamanya.



Lelaki itu, seorang warga Singapura, mengaku bersalah semalam bagi empat tuduhan mengadakan hubungan seks dengan individu bawah umur.



Dia juga mengaku bersalah bagi tuduhan serangan melibatkan seorang budak perempuan berusia 18 tahun.



Sebanyak 15 tuduhan lain, kebanyakannya berkait tindakan seksual bersama budak perempuan bawah umur, akan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.



Lelaki itu melakukan kesalahan tersebut antara 2017 dengan tahun lalu.



Nama tiga remaja perempuan itu tidak didedahkan atas arahan mahkamah demi melindungi identiti mereka, sementara identiti lelaki tersebut tidak boleh didedahkan kerana dia berusia 16 tahun ketika mula melakukan kesalahan itu.



Lelaki itu mengenali budak perempuan berusia 12 tahun itu menerusi platform sosial media Instagram pada Januari 2019.



Mereka bertemu kali pertama di rumah lelaki itu pada 19 Januari tahun itu dan melakukan hubungan seks.



Pada 30 April 2019, budak itu didapati mengandung sekitar 10 minggu dan menggugurkan kandungannya bulan berikutnya.



Semalam, mahkamah meminta laporan untuk menilai kesesuaian lelaki itu bagi menjalani probesen dan program pemulihan.



Pesalah yang diperintah menjalani program pemulihan akan ditahan di sebuah pusat dan diarah mengikut regimen ketat yang termasuk latihan berjalan kaki dan kaunseling.



Hukuman lelaki itu dijangka dijatuhkan pada 21 Julai.



Bagi kesalahan mengadakan hubungan seks dengan budak bawah umur 14 tahun, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau rotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >