Akur 'SkillsFuture' beri peluang maju bersama tidak kira tahap mula
Bagaimanapun AP termasuk pembangkang berharap pekerja diberi kenaikan gaji selepas jalani peningkatan kemahiran
Mar 04, 2015 | 05:30 AM
ANGGOTA Parlimen (AP), termasuk pembangkang, berkata inisiatif SkillsFuture menawarkan setiap warga Singapura banyak peluang untuk maju bersama, tidak kira tahap permulaan mereka.
Bagaimanapun, mereka berharap pekerja diberi kenaikan gaji selepas menjalani peningkatan kemahiran di bawah inisiatif tersebut.