Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Al-Ma'arif lakukan pembersihan, kurang kakitangan di tempat kerja

May 22, 2021 | 05:30 AM



MADRASAH Al-Ma'arif Al-Islamiah telah mengambil langkah tambahan dan membuat penyesuaian bagi menjaga keselamatan kakitangan dan para pelajar mereka selepas dua pelajar mereka diuji positif Covid-19.



Ini termasuk mengurangkan kakitangan yang bekerja di madrasah dan memendekkan masa operasi madrasah, menurut pengetua madrasah, Cik Nafisah Mohd Ma'mun Suheimi.



Sebagai langkah tambahan untuk menjaga keselamatan kakitangan serta para pelajar di madrasah itu, mereka telah melakukan pelbagai penyesuaian.



"Operasi madrasah kini lebih singkat kepada hanya 9 pagi hingga 1 petang sahaja. Bilangan kakitangan dikurangkan dengan mereka diasingkan kepada pelbagai kumpulan bermula Isnin.



"Penyesuaian untuk bekerja dari rumah adalah pilihan utama bagi kakitangan kami.



"Selain itu, tiada pelajar dari kohort yang akan tamat pengajian, dibenarkan ke sekolah bagi kelas tambahan. Pelajar-pelajar ini akan diberikan sokongan konsultasi dalam talian," kata Cik Nafisah, ketika dihubungi semalam.



Waris pelajar dan penderma juga digalak membuat pembayaran dalam talian.



Beliau berkata madrasah itu mempunyai jadual pembersihan dan pembasmian kuman yang ketat serta mematuhi langkah jarak selamat yang selaras dengan garis panduan yang diterapkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Kesihatan (MOE).



Kelmarin, dua pelajar di madrasah itu dilaporkan diuji positif Covid-19 dengan kes mereka berkait dengan kelompok Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.



Dua pelajar itu merupakan adik beradik - seorang berusia 14 tahun yang kali terakhir ke sekolah pada 7 Mei lalu, manakala adiknya berusia lapan tahun kali terakhir ke sekolah pada 4 Mei lalu.



Dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi semalam di laman Facebook, Cik Nafisah berkata mereka akan terus memantau keadaan dengan teliti.



Menurutnya, ketika pelajar-pelajar itu ke sekolah buat kali terakhir, mereka sihat.



"Kami menghargai kata-kata dan doa yang baik dari masyarakat untuk Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah ketika berita mengenai kes Covid-19 diumumkan sebelum ini.



"Madrasah berusaha untuk melakukan kerja pembersihan yang teliti dan jadual pembasmian kuman yang ketat... Ini untuk menawarkan sekitaran yang selamat bagi pelajar kami," katanya.



Buat sementara ini, madrasah itu akan terus memantau keadaan dan bekerjasama bersama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan MOH untuk menjaga kesejahteraan kakitangan dan pelajar mereka.



BH difahamkan bahawa madrasah itu telah memaklumkan kepada ibu bapa pelajar lain melalui surat pada 19 Mei.



Surat yang diedarkan kepada ibu bapa pelajar yang dibaca BH menyatakan para pelajar yang diuji positif untuk virus Covid-19 tidak ke sekolah setelah kali terakhir ke sekolah pada 4 Mei dan 7 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >