Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alami gangguan keupayaan bahasa, namun tekad perbaiki diri

Nov 25, 2021 | 05:30 AM



KETABAHAN dan kesungguhan ibunya, seorang ibu tunggal dan bekas pesakit barah perut tahap dua, menjadi inspirasi untuk mengatasi cabaran yang beliau hadapi dalam pembelajaran.



Ketika berusia tiga tahun, murid Darjah 6, Sekolah Rendah Canossa Catholic, Iva Halysha Mohammad Zufikha disahkan mengalami sejenis gangguan komunikasi yang menyebabkan pembangunan keupayaan bahasanya lebih perlahan berbanding kanak-kanak lain.



Keadaan itu menjejas pembelajaran Iva ketika melangkah ke sekolah rendah kerana beliau tidak dapat menyuarakan apa yang ada dalam fikirannya, akibat kosa kata terhad.



Meskipun itu, Iva, 12 tahun, terus gigih berusaha dan bertekad untuk cemerlang dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.



Kedua-dua subjek bahasa itu kini merupakan mata pelajaran terbaiknya.



Semalam, Iva merupakan antara 98.4 peratus daripada keseluruhan kohort 39,119 murid Darjah 6 yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini dan berjaya melangkah ke sekolah menengah.



"Saya sering pandang rendah pada diri sendiri. Saya selalu fikir saya tidak dapat melakukannya. Jadi, apabila melihat keputusan saya hari ini, saya benar-benar tidak percaya. Saya amat bersyukur," kata Iva yang mencatat AL 5 bagi Bahasa Inggeris dan AL1 bagi Bahasa Melayu.



Dia turut berkongsi bahawa keputusan yang diraih melayakkannya memasuki aliran Ekspres tahun depan.



Ditanya siapakan sumber inspirasi semangatnya untuk tidak mudah berputus asa, Iva menyatakan ibunya, Cik Rasuryma Amat, 41 tahun.



"Menjadi seorang bekas pesakit barah adalah satu peluang yang jarang berlaku kerana tidak semua orang yang menghidapi barah berjaya melawannya. Ia sangat sukar untuk lihat ibu saya tabah melalui waktu itu," kata anak ketiga empat beradik itu kepada Berita Harian.



"Saya hormat ketabahan ibu saya kerana jika saya ada sakit barah, belum tentu lagi saya dapat melawannya... Setiap kali saya pulang dari sekolah dan lihat ibu saya, ia mendorong saya untuk belajar dengan gigih. Dialah inspirasi saya."



Selain itu, Iva juga merupakan seorang pengawas di sekolah. Antara tugas yang digalas termasuk menaikkan bendera dan membimbing pengawas yang lebih muda.



Dia turut membantu kanak-kanak berpendidikan khas yang kehilangan pendengaran daripada rakan kongsi sekolahnya.



Ketekunan dan sifat baik hati Iva itu diiktiraf apabila dia dinobat pemenang Anugerah St Bakhita Sekolah Rendah Canossa Catholic baru-baru ini.



Anugerah tahunan itu diberikan kepada seorang murid yang berjaya bangkit mengharungi pelbagai cabaran, lantas menjadi inspirasi dan contoh teladan kepada murid lain.




"Saya sering pandang rendah pada diri sendiri. Saya selalu fikir saya tidak dapat melakukannya. Jadi, apabila melihat keputusan saya hari ini, saya benar-benar tidak percaya. Saya amat bersyukur."
- Iva Halysha Mohammad Zufikha.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >